Benih Karya

Benih Karya 'Benih Karya' melambangkan permulaan perjalanan kami, memupuk pertumbuhan artistik dan kerjasama komuniti dalam mengubah ruang dan pemahaman melalui seni.

Mari bersama sama mendaftar program Jom Baca Bersama
22/04/2025

Mari bersama sama mendaftar program Jom Baca Bersama



Jom Baca Bersama!🕚

Nikmati 10 minit yang berharga dengan buku pilihan anda pada 23 April 2025, jam 11:00 - 11:10 pagi.

⏳ Tinggal 1 hari lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti membaca serentak ini.

📌 Bersama kami dan daftar untuk Jom Baca Bersama selama 10 Minit Tahun 2025 melalui pautan ini:

👉 https://www.ppas.gov.my/jombacabersama/

Jemput Hadir
09/04/2025

Jemput Hadir

Kepada Warga Karyasama yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Karyasama Johor, Layar Akal Budi, EngageMedia Bangladesh, dan Kolej Universiti Selatan Johor akan menganjurkan satu program tayangan filem pendek bertajuk:

✨ Layar Akal Budi: Pertembungan Budaya Dalam Era Globalisasi

📽️ Dua filem pendek istimewa akan ditayangkan:
🔹 Balang Terang: A Jar of Light
🔹 The Manggis in Ah Gong’s Hands

đź“… Tarikh: 10 April 2025
🕑 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Tempat: Auditorium 4A, Kolej Universiti Selatan, Skudai, Johor.

Program ini juga akan menampilkan Sesi Bicara Karya Filem bersama:
🎙️ Pengarah Program: Khairul Adha (Pak Teh)
🎞️ Pengarah Filem: Intan Sakinah Binti Noor Faiz
🎥 Penerbit Filem: Soh Chia Yee
📝 Penulis Filem: Lee Boon Hui (Dexter)

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami perspektif pembikin filem muda mengenai budaya, identiti, dan warisan masyarakat.

📢 Terbuka kepada semua warga Karyasama, Orang Awam & Warga Southern University College. Mari bersama-sama memaknai seni perfileman dari lensa pendidikan dan komuniti di Johor.

Layar Akal Budi
南方大学学院 - Southern University College

Syabas & Tahniah Semua Terutama Kepada Pelukis (Artis Seni Visual) Negeri Johor.
23/12/2024

Syabas & Tahniah Semua Terutama Kepada Pelukis (Artis Seni Visual) Negeri Johor.

“Manifestasi Dua Seni: Memartabatkan Seni dan Sastera”.Tahukah anda? Selain dari program Sayembara Lukisan, Balai Seni N...
20/12/2024

“Manifestasi Dua Seni: Memartabatkan Seni dan Sastera”.

Tahukah anda? Selain dari program Sayembara Lukisan, Balai Seni Negara turut menganjurkan program “Manifestasi Dua Seni” iaitu sebuah program yang menggabungkan seni visual dan sastera. Gabungan program ini adalah untuk memartabatkan karya seni dan sastera tanah air sekaligus menyokong pelaksanaan program yang memperkaya pengalaman seni masyarakat.

“Manifestasi Dua Seni” memberi tumpuan kepada kolaborasi antara pelukis, penulis,
penyair, dan penggiat seni kreatif lainnya. Ini sejajar dengan harapan Perdana Menteri Malaysia untuk memartabatkan karya seni dan sastera negara serta memupuk minat golongan belia terhadap karya agung.

Saksikan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan sempena program ini, sepanjang 20hb Disember hingga 22hb Disember bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor .

Jumpa Anda Disana




Jumpa Anda Disana
17/12/2024

Jumpa Anda Disana


Jemput Hadir SemuaManifestasi Dua Seni @ PPAJ20hb Disember sehingga 22hb Disember 2024
15/12/2024

Jemput Hadir Semua

Manifestasi Dua Seni @ PPAJ
20hb Disember sehingga 22hb Disember 2024

15/11/2024

| Bengkel - Festival Seni Benih Karya 2024

Festival Seni Benih Karya, anjuran Karyasama dan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, dengan sokongan Fakulti Seni dan Rekaan Southern University College, telah dirasmikan pada 19 Mei lalu.

Fakulti Seni dan Rekaan Kolej Universiti Selatan Johor telah menganjurkan bengkel pencerahan bertajuk "Sustainable Artistry: Crafting with Consciousness" yang dikendalikan oleh Cik Ong Ei Lin, Timbalan Dekan Fakulti Seni dan Rekaan. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program Benih Karya, yang mengangkat tema "Seni untuk Masyarakat".

Peserta dari pelbagai latar belakang hadir, mencerminkan daya tarikan dan relevansi amalan lestari dalam pelbagai aspek kehidupan dan pekerjaan. Melalui sesi interaktif dan aktiviti praktikal, peserta mendapat pandangan yang berharga tentang bagaimana usaha kreatif mereka boleh menyumbang ke arah masa depan yang lebih lestari dan mesra alam.

Bengkel Rekabentuk dengan Kesedaran Lestari "Sustainable Artistry: Crafting with Consciousness" bukan sahaja menonjolkan kepentingan amalan mesra alam dalam dunia seni, tetapi juga peranan artis sebagai agen perubahan positif dalam masyarakat. Dengan memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang kelestarian, bengkel ini bertujuan membentuk komuniti artis yang komited untuk membawa perubahan melalui karya mereka.

南方大学学院 - Southern University College
F.A.D - Faculty of Art & Design Southern UC
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
Pertubuhan Rangkaian Kerjasama Karyasama Negeri Johor

15/11/2024

| Forum di Festival Seni Benih Karya 2024

Festival Seni Benih Karya, anjuran Karyasama dan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, dengan sokongan Fakulti Seni dan Rekaan Southern University College, telah dirasmikan pada 19 Mei lalu. Festival seni selama seminggu ini menampilkan karya-karya cemerlang artis dari seluruh Johor, menghimpunkan seniman, tetamu kehormat, serta peminat seni dari pelbagai tempat untuk menghargai hasil karya dan menyaksikan festival ini.

Aktiviti pada hujung minggu lalu turut menambah sorotan baru dalam Pameran Seni Benih Karya. Pada 25 Mei, jam 2 petang, satu forum yang dinanti-nantikan telah diadakan dengan penyertaan Dekan Fakulti Seni dan Rekaan, Ts. Dr. Teo Pei Kian, sebagai panelis bersama YB Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang), Pn. Intan Rafiza dari Balai Seni Negara, artis seni laku juga pengarah benih karya Wak Kang, dan perekabandar arkitek Amirul Hakim Jamil.

Forum ini bertujuan meningkatkan nilai seni dan peranannya dalam masyarakat, dengan perbincangan tentang bagaimana seni dan rekabentuk ruang boleh mengubah pendidikan dan pembangunan negara. Para peserta sebulat suara bersetuju bahawa seni dan rekaan yang baik akan memberikan impak yang bermakna untuk masyarakat.

F.A.D - Faculty of Art & Design Southern UC
南方大学学院 - Southern University College
APPGM-SDG
Wong Shu Qi
Balai Seni Negara
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Sekalung Penghargaan untuk APPGM-SDGKami di Benih Karya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada APPGM-SDG ke...
15/11/2024

Sekalung Penghargaan untuk APPGM-SDG

Kami di Benih Karya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada APPGM-SDG kerana menjadi rakan kolaborasi kami dalam Festival Seni Benih Karya yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kerana memaparkan program kami dalam Buletin APPGM-SDG edisi Mei 2024. Sokongan ini sangat bermakna dalam memartabatkan usaha kami, selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dan terus komited untuk menyokong pembangunan yang inklusif, lestari, dan berpaksikan kepada masyarakat.

Untuk rujukan lebih lanjut, sila baca buletin APPGM-SDG di pautan berikut:
➡️ https://appgm-sdg.com/newsletter-may-2024/ (rujuk halaman 37).

Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
Pertubuhan Rangkaian Kerjasama Karyasama Negeri Johor
APPGM-SDG
南方大学学院 - Southern University College
Balai Seni Negara

Ditulis oleh AJK Teknikal Benih Karya dan juga merangkap Setiausaha Karyasama Johor.

A.A Navis Sastrawan & Budayawan dan Pemikir Nusantara.
14/11/2024

A.A Navis Sastrawan & Budayawan dan Pemikir Nusantara.

Selamat Ulangtahun ke 10 kuliah Buku.
28/10/2024

Selamat Ulangtahun ke 10 kuliah Buku.

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Benih Karya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Benih Karya:

Share

Category