27/01/2024
[Sorotan acara FUN WALK PUSKO 2.0]
Fun Walk PUSKO 2.0 berlangsung pada pagi Sabtu seawal jam 7.15 pagi. Ia mendapat sambutan pelbagai khususnya pelajar dan ibubapa.
300 orang peserta dilepaskan dari pintu pagar utama SKKP2 di sini, dan berjalan sejauh 3 km melalui sekitar taman perumahan sambil memungut sampah.
Pihak penganjur menyelitkan elemen lestari dalam Fun Walk kali ini. Aktiviti yang dijalankan adalah sesi mengumpul sampah yang boleh dikitar semula sepanjang laluan. Peserta menyerahkan semula plastik sampah kepada urusetia setelah sampai di garisan penamat dan menerima medal penamat. Hadiah turut disediakan untuk peserta yang memungut sampah terbanyak.
Pelepasan peserta disempurnakan
Guru besar SK Kangkar Pulai 2 Tuan Nor Azman bin Abdul Rahman.