Yayasan Warisan Johor

Yayasan Warisan Johor MEMELIHARA WARISAN BUDAYA WAWASAN
Pemantapan jati diri Johor melalui pemuliharaan warisan budaya bangsa.

MISI
Memartabatkan warisan sejarah, persuratan, seni dan budaya Negeri Johor.

KERONCONG DI ISKANDAR PUTERI: IRAMA WARISAN, JIWA JOHOR 🎶Sekitar kemeriahan Keroncong Di Iskandar Puteri (KEDIP) yang be...
17/09/2026

KERONCONG DI ISKANDAR PUTERI: IRAMA WARISAN, JIWA JOHOR 🎶

Sekitar kemeriahan Keroncong Di Iskandar Puteri (KEDIP) yang berlangsung pada 15 September 2026 di Lobby X, Kompleks Sukan EduCity (ESC), Johor Bahru.

Hasil kolaborasi ESC, 36Five X dan Yayasan Warisan Johor (YWJ), program ini menampilkan Kumpulan Keroncong YWJ serta menghimpunkan penggiat dan kumpulan keroncong tempatan dalam usaha memperkenalkan dan mendekatkan muzik keroncong kepada masyarakat.

Mengangkat tema “Irama Warisan, Jiwa Johor”, KEDIP dilaksanakan secara bersiri sebagai platform untuk masyarakat menikmati, mengenali dan mempelajari muzik keroncong, termasuk melalui inisiatif kelas komuniti pada masa akan datang.

Hadir sama Yang Dihormati Datin Hajah Siti Azizah binti Omar, Pengerusi Puspanita Negeri Johor.

Turut hadir Encik Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Yayasan Warisan Johor dan Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor.

� � � �

ORIGAMI KERIS PUSAKA SEMARAK HARI MALAYSIA 🇲🇾Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Origami Keris Pusaka ...
16/09/2026

ORIGAMI KERIS PUSAKA SEMARAK HARI MALAYSIA 🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Origami Keris Pusaka sempena sambutan Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026 di Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi.

Aktiviti kreatif ini memberi peluang kepada pengunjung menghasilkan origami keris sambil mengenali warisan dan sejarah Kesultanan Johor Lama melalui lawatan berpandu serta menghayati koleksi artifak di Muzium Kota Tinggi.





LIPATAN SAMUDERA SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Lipatan Samudera sem...
16/09/2026

LIPATAN SAMUDERA SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Lipatan Samudera sempena sambutan Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026 di Muzium Mersing.

Pengunjung berpeluang mempelajari dan menghasilkan sampan kertas, selaras dengan identiti Mersing yang sinonim dengan warisan maritim. Aktiviti turut diserikan dengan pemberian saguhati kepada para peserta.





KUNJUNGAN HARI MALAYSIA @ KWSAB 🇲🇾Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengalu-alukan kunjungan para pengunjung ke Kompleks Waris...
16/09/2026

KUNJUNGAN HARI MALAYSIA @ KWSAB 🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengalu-alukan kunjungan para pengunjung ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB), Johor Bahru sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026.

Pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti mewarna di Anjung Seni Warisan dalam suasana santai dan interaktif.

Kunjungan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali, menghayati dan menikmati seni, budaya serta warisan Johor.

� � �

QUIZ, COLOUR & PLAY @ GALERI DATO’ ONN 🎨🎲Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengalu-alukan kunjungan para pengunjung sempena cu...
16/09/2026

QUIZ, COLOUR & PLAY @ GALERI DATO’ ONN 🎨🎲

Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengalu-alukan kunjungan para pengunjung sempena cuti Hari Malaysia 2026 ke Galeri Dato’ Onn, Batu Pahat.

Selain lawatan galeri, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti “Quiz, Colour & Play”.

Pelbagai aktiviti menarik ini memberi pengalaman santai dan interaktif sambil mengenali seni, budaya dan warisan Johor.

� � � �

PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Permainan Tradi...
16/09/2026

PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Permainan Tradisional sempena sambutan Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026 di Muzium Tokoh Johor, Johor Bahru.

Pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, sepak yem dan teng-teng disediakan untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali, mencuba dan menghayati permainan warisan masyarakat.

Aktiviti ini turut menjadi medium untuk memperkenalkan dan memelihara warisan permainan tradisional dalam kalangan generasi masa kini.





WARNAI TOPENG JUCY & CUPING SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾🎨Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Mewarna ...
16/09/2026

WARNAI TOPENG JUCY & CUPING SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾🎨

Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah mengadakan Aktiviti Mewarna Topeng Jucy dan Cuping bersempena sambutan Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026 di Galeri Seni Johor.

Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak menyerlahkan kreativiti dan imaginasi melalui aktiviti seni yang santai, menyeronokkan dan interaktif.




16/09/2026

JOHOR HERITAGE RANGERS 2026 🌿🏛️

Yayasan Warisan Johor (YWJ) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah melaksanakan Program Johor Heritage Rangers (JHR) yang bermula pada 15 September 2026 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB)dan Muzium Tokoh Johor, Johor Bahru.

Program ini dilaksanakan secara berperingkat dengan melibatkan guru dan pelajar daripada sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru. JHR bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai sejarah, warisan, seni, budaya serta alam semula jadi negeri Johor, di samping memupuk jati diri, kesedaran dan kecintaan terhadap warisan negeri.

Program JHR menyasarkan penyertaan 1,096 guru dan 9,864 pelajar secara keseluruhan.

✨ Kenali warisan, hayati sejarah, cintai Johor!

Onn Hafiz Ghazi
Pannir Selvam

� � � �

🎨 WARNA-WARNI PATRIOTISME SEMPENA HARI MALAYSIA 2026🇲🇾 Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah menganjurkan Aktiviti Mewarna H...
16/09/2026

🎨 WARNA-WARNI PATRIOTISME SEMPENA HARI MALAYSIA 2026🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah menganjurkan Aktiviti Mewarna Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026 bertempat di Muzium Tokoh Johor, Johor Bahru.

Aktiviti bertemakan Hari Malaysia ini memberi ruang kepada para peserta untuk menyerlahkan kreativiti sambil memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. 🇲🇾🎨





JOM KREATIF SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah menganjurkan Aktiviti Keychain Warna-Warni pa...
16/09/2026

JOM KREATIF SEMPENA HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah menganjurkan Aktiviti Keychain Warna-Warni pada 16 September 2026 bertempat di Galeri Tenun Johor, bersempena Sambutan Hari Malaysia 2026.

Aktiviti yang berlangsung dalam dua sesi, pagi dan petang ini memberi peluang kepada kanak-kanak menyerlahkan kreativiti melalui penghasilan keychain warna-warni.

Setiap peserta turut membawa pulang hasil kreativiti sendiri sebagai cenderamata dan kenang-kenangan sempena Hari Malaysia 2026. 🇲🇾✨





Address

Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

072213148

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Warisan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yayasan Warisan Johor:

Shortcuts

Share