26/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐๐๐)
25 April 2026 (Sabtu) โ Johor Expedition Dayhike 2026 merupakan program kali kelima (5) yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Isrec Adventure dan Malim Gunung Perhutanan Negeri Johor.
Sebanyak dua belas (12) puncak gunung dan bukit telah dipilih bagi program kali ini, dimana sebelas (11) daripadanya terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Johor seperti Gunung Gua Rimau (Kluang), Bukit Kacanas (Batu Pahat) dan Gunung Maokil (Segamat) dengan penglibatan seramai 317 orang pendaki secara keseluruhan bagi program JED 2026.
Taman Eko Rimba (TER) Gunung Pulai, Kulai menjadi lokasi pelepasan utama โflag-offโ Johor Expedition Dayhike 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohd Syahrir Azrin bin Salleh, Pengarah JPNJ, Encik Mohd Izani bin Abdullah, Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) JPNJ, Encik Muhyiddin bin Jelani, Pentabir Tanah 3, Pejabat Tanah & Galian Kulai dan diiring oleh pegawai-pegawai kanan. Seramai 74 orang peserta telah menyahut cabaran untuk menakluki puncak Gunung Pulai dengan ketinggian 654 m aras paras laut (a.p.l).
Penganjuran JED 2026 bukan sekadar aktiviti mendaki, tetapi satu inisiatif untuk mengetengahkan keunikan sektor ekopelancongan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Johor. Dalam masa yang sama, program ini membawa misi penting untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi dan sukan pendakian. JED 2026 turut menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026 menjadikan ia platform terbaik untuk mempromosikan khazanah alam negeri Johor.
JPNJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan JED 2026 dengan penuh komitmen dan dedikasi.