07/05/2026
INDIE IPOH - JAKARTA SEKILAS SEJARAH (SHOUT OUT MUCK DAN FIELDVILLE)
Setelah lebih kurang 20 tahun, Muck akan kembali ke Jakarta dan kali ini akan berkongsi pentas dengan shoegazers muda Ipoh; Fieldville.
Pertama kali saya jejak Tanah Jawa pada tahun 2005. Masih bergetah dan kulit masih tegang.
Saya mengikuti Lucy in the Loo (kenapa saya ada bersama Lucy, ini ada sejarah panjang), yang ketika itu dijemput berpanggung di Bandung. Dalam sejarah indie Malaysia, Lucy harus dicatat sebagai band indie pertama yang masuk pasar Indonesia.
Oleh kerana saya sudah punya connection atas talian dengan orang di Jakarta, maka saya dapatkan Lucy satu lagi show di Jakarta.
Daripada situlah lahirnya hubungan indie Ipoh - Jakarta (walaupun Lucy dari Bangi) yang harum hingga sekarang.
Semuanya dimulakan dengan Eric Wirjanata daripada webzine Deathrockstar. Ingat nama itu.
Di trip ini saya mula berkawan dengan band-band macam The SIGIT, White Shoes and the Couples Company, Goodnight Electric, Seringai dan ramai lagi yang ketika itu turut sama sedang mahu menaik bagaimana kami di Ipoh yang sedang happening.
Tahun seterusnya, band saya—Free Love dan Muck p**a ke Jakarta, Bandung, Yogyakarta dan Semarang.
Sejak itu, Indonesia terutamanya Jakarta adalah scene yang bukan asing (saya turut pernah berpanggung solo), malah pernah menetap di Jakarta dan sepatutnya tinggal terus di sana kalau tak kerana Covid.
Sering saya berada di sana hinggakan saya fasih berslanga Jakarta ala Nico Saputra dan saya tahu di mana Bebek Madura paling enak seantero Jakarta.
Bagaimana saya mencintai Trengganu, begitulah juga angau saya pada Jakarta.
Kali akhir saya berpanggung di sana pada tahun 2019, mempromosi album split Joni Mustaf x Harlan Boer berjudul ‘Sorry, Poor Connection’ yang diterbitkan kolektif legenda Jakarta, ruangrupa.
Dalam situasi orang umum berduyun-duyun tergopoh-gapah nak beli tiket Hindia / feast yang nak turun Malaysia—di era Sal, Ari, Nadin dan entah siapa lagi merajai-jajah Malaysia.
Dua band kota tua-pencen-whatever rileks-rileks terbang macam garuda bakal landing di Soekarno Hatta.
Mudahan ini akan memicu semula romantis indie Asia Tenggara Ipoh Jakarta selamanya.