Persatuan Ragbi Daerah Kinta

Persatuan Ragbi Daerah Kinta Persatuan Ragbi Daerah Kinta Official Page

27/04/2026

Alhamdulillah, inisiatif PRDK iaitu Akademi Ragbi Ipoh mendapat liputan dan perhatian masyarakat.

In shaa Allah, kami akan teruskan usaha membudayakan sukan ragbi di Ipoh

11/04/2026

Alhamdulillah

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi langkah besar. Sejarah Baru tercipta. Akademi Ragbi Pertama di Perak secara rasmi...
11/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi langkah besar. Sejarah Baru tercipta. Akademi Ragbi Pertama di Perak secara rasminya dirasmikan, dibawah inisiatif Persatuan Ragbi Daerah Kinta.

Majlis Perasmian Akademi Ragbi Ipoh (ARAI) dan Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Khairuddin Abu Hanipah, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Terima kasih YB Dato’ atas sokongan berterusan sejak dari awal usaha ini bermula. Sokongan ini bukan sekadar simbolik, tetapi menjadi kekuatan kepada kami untuk terus bergerak membangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi.

ARAI bermula dengan satu impian kecil pada tahun 2024, nak hidupkan semula ragbi di Ipoh.

Hari ini, kita bukan sahaja berjaya membina sebuah akademi,
tetapi membina satu komuniti dan satu gerakan.

Daripada latihan biasa, kepada peluang beraksi di pentas besar Super School Rugby 2026, ini adalah hasil usaha ramai, bukan seorang.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penaja yang bersama kami:

, , .cafe , , & AKProduction.

Dalam keadaan kos sukan yang semakin meningkat, sokongan anda semua memberi nafas dan ruang untuk kami terus bergerak.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan SMK Anderson Ipoh yang terus mempertahankan legasi sukan dan membuka ruang kepada pembangunan ragbi.

Dan kepada semua jurulatih, ibu bapa dan pemain, inilah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

No legacy is built in a day. But today… we started something.

ARAI — This is just the beginning.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Orang ramai dijemput hadir ke:MAJLIS PERASMIAN AKADEMI RAGBI IPOH (ARAI)serta Sesi L...
10/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Orang ramai dijemput hadir ke:

MAJLIS PERASMIAN AKADEMI RAGBI IPOH (ARAI)
serta Sesi Latihan Khas ARAI

📍 Padang Utama SMK Anderson Ipoh
🗓 Sabtu, 11 April 2026
⏰ 3.00 petang – 5.00 petang

Majlis akan disempurnakan oleh:
YB Dato’ Khairudin Abu Hanipah
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak

Turut berlangsung:
🏉 Sesi latihan terbuka ARAI
🤝 Majlis Perjanjian Penajaan bersama rakan strategik

Datang dan saksikan sendiri pembinaan semula legasi ragbi di Ipoh serta usaha pembudayaan sukan ragbi kepada generasi muda.

Terbuka kepada semua, ibu bapa, pelajar dan komuniti setempat.

Jumpa anda di padang! 💙🤍

30/03/2026

Akademi Ragbi Ipoh (ARAI) adalah inisiatif Pembangunan Bakat muda yang diperkenalkan oleh Kami Persatuan Ragbi Daerah Kinta.

Alhamdulillah, ARAI mulai tahun 2026, akan beraksi di Super Academy Rugby 2026.

Kami menyeru sokongan padu dari semua warga Ipoh terhadap bakat-bakat muda dari Ipoh yang bakal beraksi di kejohanan Ragbi bawah 17 tahun terbesar di Malaysia ini.

Kepada komuniti ragbi di ipoh yang memerlukan Padang Ragbi di Ipoh, dijamin puas hati.
30/03/2026

Kepada komuniti ragbi di ipoh yang memerlukan Padang Ragbi di Ipoh, dijamin puas hati.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mana2 warga ipoh yang nak main ragbi, tapi padang takda, jangan risau, kami ada menyediakan sewaan padang, boleh hubungi no yang tertera diposter. Jangan malu, jangan segan, tanya dulu, mai merapat, Insyaallah kita deal sampai jadi. Padang dijamin puas hati, parking yang selesa dan berdekatan dengan padang.

17/02/2026

Akademi Ragbi Ipoh (ARAI KIDS) Masih berjalan setiap sabtu 🫶🏻🤍💙

Dari usia 9 hingga 15 tahun 🫶🏻

13/01/2026

Touchdown intense match🔥

09/01/2026

Liga Ipoh Nostalgia… 🏉

Address

Pejabat Persatuan Ragbi Daerah Kinta
Ipoh
30450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ragbi Daerah Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category