MAKSAK Pulau Pinang

MAKSAK Pulau Pinang Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota - Anggota Kerajaan (MAKSAK PULAU PINANG)

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.Dengan hati yang amat dukacita, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan ...
08/08/2026

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Dengan hati yang amat dukacita, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Johari Bin Mansor, bekas atlet golf MAKSAK Negeri Pulau Pinang.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Daripada;
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang

π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—šMAKSAK Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat...
03/08/2026

π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—š

MAKSAK Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu berkuatkuasa 3 Ogos 2026.

Ikhlas daripada:
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang

SELAMAT BERSARA YB DATO' SERI HAJI ZULKIFLI BIN LONGMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri ...
03/08/2026

SELAMAT BERSARA YB DATO' SERI HAJI ZULKIFLI BIN LONG

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Haji Zulkifli Bin Long, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAKSAK Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pentadbiran dan memimpin MAKSAK Negeri Pulau Pinang.

Semoga YB Dato’ Seri dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas persaraan.

Selamat Bersara dan Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa YB Dato’ Seri akan sentiasa dikenang.

Ikhlas Daripada
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang akan me...
29/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Negeri Pulau Pinang 2026. πŸ”₯

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

ℹ️ Scan QR code untuk mengisi borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran atau daftar melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf9Atsj-Ru3VbU57HFdpxYmNVg57Y6_jTOAJopEWauuurghpw/viewform

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi pemilihan ini!
‼️ Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Salwa : 017-3115472
Pn. Azzuraini : 012-5696262
Pn. Farah : 010-5402302
πŸ”΅βšͺ️🟑

Kejohanan  MAKSAK Games  2026 - Golf pada 17-18 Julai 2026.πŸ“ Nett: Tasik Puteri Golf & Country Club, SelangorπŸ“ Gross: Bu...
21/07/2026

Kejohanan MAKSAK Games 2026 - Golf pada 17-18 Julai 2026.

πŸ“ Nett: Tasik Puteri Golf & Country Club, Selangor

πŸ“ Gross: Bukit Beruntung Golf & Country Club, Selangor

TAHNIAH KEPADA PEMENANG

Overall individu Man Gross
En Johari Bin Mansor - Naib Johan

Tahniah juga kepada Tuan Haji Saharin Bin Alias , En Mohd Syarizal Bin Md Aris dan En Abd Jalil Bin Ishak

Pasukan Golf MAKSAK Negeri Pulau Pinang telah menampilkan semangat juang yang tinggi dan komitmen luar biasa sepanjang kejohanan! πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan dedikasi yang telah ditunjukkan.

Teruskan melangkah ke hadapan β€” jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. πŸ‘πŸ»πŸ†

πŸ”΅βšͺ️🟑

πŸŒοΈβ€β™‚οΈ SELAMAT MAJU JAYA ATLET GOLF MAKSAK PULAU PINANG πŸ†Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pul...
16/07/2026

πŸŒοΈβ€β™‚οΈ SELAMAT MAJU JAYA ATLET GOLF MAKSAK PULAU PINANG πŸ†

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh atlet Golf MAKSAK Pulau Pinang yang akan beraksi di Kejohanan MAKSAK Games 2026 - Golf pada 17-18 Julai 2026.

πŸ“ Nett: Tasik Puteri Golf & Country Club, Selangor

πŸ“ Gross: Bukit Beruntung Golf & Country Club, Selangor

Semoga semua athlet Golf sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ketenangan dan keyakinan sepanjang kejohanan berlangsung. Teruskan beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi, fokus dan tekad untuk memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama MAKSAK Pulau Pinang.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Pasukan Golf MAKSAK Pulau Pinang diberikan kejayaan dan pulang dengan membawa pencapaian yang membanggakan.

Selamat berjuang dan semoga berjaya! πŸ’™πŸ’›β›³

πŸ”΅βšͺ️🟑

π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ–πŸ“ 𝐓𝐔𝐀𝐍 π˜π€ππ† π“π„π‘π”π“π€πŒπ€ (π“π˜π“) π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Ang...
11/07/2026

π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ–πŸ“ 𝐓𝐔𝐀𝐍 π˜π€ππ† π“π„π‘π”π“π€πŒπ€ (π“π˜π“) π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang merafakkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-85 kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT serta terus memayungi Negeri Pulau Pinang dengan kepimpinan yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Ikhlas daripada: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang


KEJOHANAN PING PONG MAKSAK GAMES 2026 πŸ†Kejohanan Ping Pong MAKSAK Games 2026 yang berlangsung di Putrajaya telah melabuh...
10/07/2026

KEJOHANAN PING PONG MAKSAK GAMES 2026 πŸ†

Kejohanan Ping Pong MAKSAK Games 2026 yang berlangsung di Putrajaya telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta urus setia Kontinjen MAKSAK Negeri Pulau Pinang atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Cik Eng Yuh Jing dari Hospital Seberang Jaya atas kejayaan muncul Johan Acara Perseorangan Wanita, sekali gus mengharumkan nama MAKSAK Negeri Pulau Pinang di pentas MAKSAK Games 2026.

Kepada seluruh atlet yang telah memberikan saingan terbaik, terima kasih atas usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Semoga segala pengalaman dan pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus mencipta kejayaan pada kejohanan yang akan datang.

πŸ’›πŸ’™

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town! πŸ›οΈβœ¨Hari ini kita bersama-sama meraikan pengiktirafan George Tow...
06/07/2026

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town! πŸ›οΈβœ¨

Hari ini kita bersama-sama meraikan pengiktirafan George Town sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO yang melambangkan kekayaan sejarah, warisan budaya, serta keharmonian masyarakat berbilang kaum yang menjadi kebanggaan Negeri Pulau Pinang.

Semoga warisan yang tidak ternilai ini terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang sebagai khazanah yang menyatukan komuniti serta menjadi inspirasi kepada pembangunan yang mampan.

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town.

"Memelihara Warisan, Menginspirasikan Masa Hadapan."

Ikhlas daripada:
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang

JADUAL PERLAWANAN AKHIR | PING PONG MAKSAK GAMES 2026Tahniah diucapkan kepada wakil tunggal MAKSAK Pulau Pinang yang ber...
04/07/2026

JADUAL PERLAWANAN AKHIR | PING PONG MAKSAK GAMES 2026

Tahniah diucapkan kepada wakil tunggal MAKSAK Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke pentas akhir acara Perseorangan Wanita malam ini.

Pada perlawanan akhir, wakil Pulau Pinang akan berdepan tuan rumah, Wilayah Persekutuan, bagi merebut gelaran juara.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh pasukan ping pong MAKSAK Pulau Pinang atas komitmen dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Ayuh Pulau Pinang! πŸ’™πŸ’›πŸ“

Address

KOMTAR
George Town
10503

Telephone

+60124565827

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAKSAK Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category