Kejohanan Piala Dekan FPI

Kejohanan Piala Dekan FPI Kejohanan Piala Dekan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kecergasan Pemangkin Kegemilangan Ummah

[ SEKALUNG PENGHARGAAN | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2026 ]Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Tera...
06/05/2026

[ SEKALUNG PENGHARGAAN | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2026 ]

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Persatuan,

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Fakulti Pengajian Islam, para atlet, urus setia, jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Kejohanan Piala Dekan Fakulti Pengajian Islam 2026.

Segala usaha, pengorbanan dan semangat yang dicurahkan sepanjang kejohanan ini berlangsung amat bermakna dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan penuh kejayaan. Setiap peranan yang dimainkan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, telah menjadi penyumbang besar kepada kejayaan kejohanan ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin, semangat kesukanan yang dipupuk serta kenangan yang tercipta akan terus menjadi inspirasi untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“HISBAH TERAS PERSATUAN”

SUKAN GEMILANG, MAHASISWA TERBILANG

=======================

MUHAMMAD KHAIRULHAKIMI BIN MOHAMMAD KAMAL
SITI NUR AMIRA BINTI IBRAHIM

LAJNAH SUKAN DAN REKREASI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ KEDUDUKAN PINGAT 2026 | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM ]Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Pe...
06/05/2026

[ KEDUDUKAN PINGAT 2026 | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM ]

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Persatuan,

Kejohanan Piala Dekan Fakulti Pengajian Islam 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya selepas berlangsung dari 10 hingga 19 April 2026. Sepanjang kejohanan ini, setiap kontinjen telah mempamerkan semangat juang, disiplin serta kerjasama yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Berikut merupakan keputusan rasmi keseluruhan pungutan pingat:

🥇 Johan: JAKMA
🥈 Naib Johan: KUFAH
🥉 Tempat Ketiga: HUJJAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan atas pencapaian dan semangat kesukanan yang ditonjolkan. Penghargaan khusus turut diberikan kepada JANNAH dan NAHDAH atas komitmen, usaha serta penyertaan aktif sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa akan datang serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

“HISBAH TERAS PERSATUAN”

SUKAN GEMILANG, MAHASISWA TERBILANG

=======================

MUHAMMAD KHAIRULHAKIMI BIN MOHAMMAD KAMAL
SITI NUR AMIRA BINTI IBRAHIM

LAJNAH SUKAN DAN REKREASI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ MAJLIS PENUTUP | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2026 ]Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Pers...
26/04/2026

[ MAJLIS PENUTUP | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2026 ]

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Persatuan,

Alhamdulillah, Majlis Penutup Kejohanan Piala Dekan FPI 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 April 2026 bertempat di Arena Sukan Azman Hashim, UKM.

Majlis ini menjadi penutup rasmi bagi kejohanan yang penuh dengan semangat kesukanan, perpaduan serta komitmen tinggi dalam kalangan mahasiswa sepanjang berlangsungnya KPD Fakulti Pengajian Islam 2026. Pelbagai kenangan manis dan pengalaman berharga telah tercipta melalui penglibatan aktif semua pihak dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urusetia, penaja serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang.

Semoga semangat kesukanan dan ukhuwah yang terjalin akan terus mekar dan menjadi inspirasi untuk program-program akan datang.

Sekian, terima kasih.

“HISBAH TERAS PERSATUAN”

SUKAN GEMILANG, MAHASISWA TERBILANG

=======================

MUHAMMAD KHAIRULHAKIMI BIN MOHAMMAD KAMAL
SITI NUR AMIRA BINTI IBRAHIM

LAJNAH SUKAN DAN REKREASI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ LENSA FASA 2 |  KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2026 ]Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Persa...
24/04/2026

[ LENSA FASA 2 | KEJOHANAN PIALA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2026 ]

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hisbah Teras Persatuan,

Berikut merupakan Lensa fasa 2
Kejohanan Piala Dekan Fakulti Pengjian Islam 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 19 April 2026. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti sukan telah dianjurkan, antaranya bola sepak, tarik tali dan balapan yang mendapat sambutan hangat daripada para mahasiswa.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan potensi dalam bidang sukan, malah turut mengeratkan ukhuwah serta semangat kesukanan dalam kalangan warga fakulti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“HISBAH TERAS PERSATUAN”

SUKAN GEMILANG, MAHASISWA TERBILANG

=======================

MUHAMMAD KHAIRULHAKIMI BIN MOHAMMAD KAMAL
SITI NUR AMIRA BINTI IBRAHIM

LAJNAH SUKAN DAN REKREASI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Address

Bangi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kejohanan Piala Dekan FPI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category