Bangi Seven Soccer

Bangi Seven Soccer Organizor of Football Seven A Side Tournament in Bangi, Selangor, Malaysia.

Alhamdullilah, Piala ADN Semenyih U12 2025 telah mendapat pengiktirafan dari KPM untuk markah kok-kurikulum peringkat Ke...
03/09/2025

Alhamdullilah, Piala ADN Semenyih U12 2025 telah mendapat pengiktirafan dari KPM untuk markah kok-kurikulum peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas pada mereka yang terlibat.

Terima kasih pada pihak KPM kerana gerak kerja yang pantas, alhamdullilah.

Alhamdullilah, selesai sudah Kejohanan bolasepak Piala ADN Semenyih U12 semalam. 16 pasukan bermain dalam keadaan cuaca ...
24/08/2025

Alhamdullilah, selesai sudah Kejohanan bolasepak Piala ADN Semenyih U12 semalam. 16 pasukan bermain dalam keadaan cuaca yang baik walaupun tengah hari cuaca panas, namun kesungguhan anak-anak tetap bermain.

Team Bangi Seven Soccer telah diundang untuk melaksanakan program bolasepak ini untuk Pusat Khidmat DUN Semenyih (PKDS) N24. Khidmat nasihat yang kami sarankan kepada PKDS telah diguna pakai oleh mereka. Antaranya adalah kejohanan untuk murid sekolah berumur 12 tahun ke bawah. Dan “added value” yang kami berikan adalah, kejohanan ini dapat sokongan dari pihak KPM. Ini sedikit sebanyak membantu anak-anak ini untuk mendapatkan pengiktirafan diatas penglibatan mereka nanti. Markah ini dapat membantu dalam membuat pilihan masa hadapan mereka terutama buat mereka yang berminat untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan MRSM.

Mana-mana pihak korporat atau pejabat khidmat masyarakat kawasan lain berminat memberi sesuatu berharga dan bernilai buat masyarakat dan komuniti dalam sukan bolasepak, jangan teragak-agak hubungi kami.

Syabas dan tahniah kepada pasukan WM Alpha dari Kuala Lumpur yang telah menjuarai kejohanan Piala ADN Semenyih petang ta...
23/08/2025

Syabas dan tahniah kepada pasukan WM Alpha dari Kuala Lumpur yang telah menjuarai kejohanan Piala ADN Semenyih petang tadi setelah menewaskan pasukan dari Kajang Saujana Impian FC Tiger bagi kategori Cup.

Manakala Rinching Rangers FC p**a berjaya menjadi juara bagi kategori Plate setelah menewaskan Taring Junior FC melalui sepakan penalti. Kedua-dua pasukan adalah dari Semenyih.

Sementara itu bagi kategori Cup tempat ketiga bersama telah dinobatkan kepada Gators FC Avengers dari Bangi dan WM Future dari Kuala Lumpur setelah tewas di peringkat separuh akhir dengan lawan masing-masing.

Untuk kategori Plate p**a, tempat ketiga bersama p**a adalah dari Sriti Sepang FC dan AINS FA dari Bangi.

Untuk rekod, sebanyak 16 pasukan telah bertanding dan mereka kebanyakan dari Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Piala sudah dipamerkan. Pusingan kalah mati sudah bermula!!
23/08/2025

Piala sudah dipamerkan. Pusingan kalah mati sudah bermula!!

23/08/2025

Ibubapa teruja melihat anak-anak beraksi di padang!!

22/08/2025

Esok perjuangan bermula di Fiezta Arena. Piala ADN Semenyih U12 yang mendapat sokongan dari KPM menjadi kejohanan buat 16 pasukan yang bertanding. Para pemain dari 16 pasukan ini hadir dari pelbagai sekolah dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Selangor.

Seramai 256 pelajar akan terlibat esok. Jika anda tiada apa-apa aktiviti bolehlah hadir ke Fiezta Arena, Eco Majestic, Semenyih untuk saksikan mereka bermain bolasepak!!

Pembahagian kump**an setelah undian semalam. Semoga berjaya buat pasukan yang bertanding Sabtu nanti. Jadual perlawanan ...
19/08/2025

Pembahagian kump**an setelah undian semalam. Semoga berjaya buat pasukan yang bertanding Sabtu nanti. Jadual perlawanan turut dipamerkan disini.

Minggu lepas team Bangi Sevens telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan padang perlawanan nanti Fiezta Aren...
19/08/2025

Minggu lepas team Bangi Sevens telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan padang perlawanan nanti Fiezta Arena. Kita sungguh bertuah kerana YB Ustaz Nushi Mahfodz turut hadir turun padang sendiri untuk berbincang dan berdiskusi dengan mereka!!

Malam ini kita akan membuat secara siaran langsung di akaun ini untuk pengundian pasukan:

Tarikh: 19 Ogos 2025
Masa: 9:00 pm
Lokasi: FB page Bangi Seven Soccer.

Jangan lupa saksikannya malam ini.

11/08/2025

Senarai terkini pasukan yang bertanding.

1. X-Calibur
2. ⁠SIFC Tiger
3. ⁠SIFC Panther
4. ⁠SRITI Hulu Langat
5. ⁠SRA Desa Putra
6. ⁠Gators Avengers
7. ⁠Gators Bravo
8. ⁠Top Football Academy
9. ⁠AINS Football Academy
10. ⁠DACS FC
11. SRITI Sepang
12. RRFC
13. ⁠TJFC Phantom
14. ⁠TJFC X
15. ⁠WM Alpha
16. ⁠Rembau Tiger

Pasukan ini dari negeri:

Selangor - 12 pasukan
Putrajaya - 2 pasukan
Kuala Lumpur/WP - 1 pasukan
Negeri Sembilan - 1 pasukan

Nantikan pada 19hb nanti siaran langsung cabutan undi untuk menentukan kump**an.

11/08/2025

Pasukan pertama waiting list adalah
Rembau Tiger dari Negeri Sembilan.
👍🏼

08/08/2025

🏆 PIALA ADN SEMENYIH U12 2025

Berikut adalah senarai pasukan yang telah mendaftar untuk menyertai kejohanan ini. Ada pasukan dari Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kejohanan Bola Sepak Remaja
📅 Sabtu | 23 Ogos 2025
📍 Fiezta Arena, Eco Majestic, Semenyih
⏰ 8:00 pagi – Tamat



⚽ 16 Pasukan Bertarung Demi Kejuaraan!
1. X-Calibur (Kajang)
2. SIFC Tiger (Kajang)
3. SIFC Panther (Kajang)
4. SRITI Hulu Langat
5. SRITI Sepang
6. SRA Desa Putra (Sepang)
7. Gators Avengers (Bangi)
8. Gators Bravo (Bangi)
9. AINS Football Academy (Bangi)
10. Top Football Academy (Putrajaya)
11. DACS FC (Semenyih)
12. RRFC (Semenyih)
13. TJFC Phantom (Semenyih)
14. TJFC X (Semenyih)
15. Future Star FC (Seremban)
16. Fiezta FC (Semenyih)



🎯 Kategori: Bawah 12 Tahun (U12)
🥇 Format: 4 Kump**an | Cup & Plate Knockout
🎁 Hadiah menarik untuk juara, naib juara & pemain terbaik!



✨ Masuk Percuma |

📸 Saksikan aksi bakat muda bola sepak Malaysia!



👤 Anjuran:
Pejabat ADUN Semenyih
🟢 Dengan kerjasama: Gators FC & Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota

Address

Bangi
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bangi Seven Soccer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category