24/04/2026
Undian untuk “Miss Popular Facebook UNKM 2026” atau “Tati Kaanangan Facebook UNKM 2026” kini dibuka dengan rasminya!!
Sokong peserta UNKM 2026 pilihan anda dengan menekan butang “Like” atau “suka” dan kongsikan gambar mereka di laman facebook anda.
syarat-syarat undian :
• 1 “Likes” = 1 Undian
• Hanya jumlah “likes” di gambar rasmi peserta yang dimuat naik oleh laman facebook rasmi Unduk Ngadau Kota Marudu 2026 sahaja yang akan diambil kira untuk pertandingan “TATI KAANANGAN FB UNKM 2026”, jumlah likes di gambar yang BUKAN dimuat naik oleh page UNKM 2026 tidak akan diambil kira.
• Hanya “Likes” atau “Suka” Sahaja yang akan diambil kira. Respon selain “likes” akan diabaikan.
• Sebarang gambar peserta yang didapati menggunakan “Autolikes” akan hilang kelayakan untuk bertanding dengan serta-merta.
• Undian bermula selepas gambar rasmi peserta selesai dimuat naik oleh laman facebook Rasmi UNKM 2026, dan undian akan ditutup tepat jam 5 petang pada 07 MEI 2026.
Datang beramai-ramai menyaksikan:
1. SODOP PISOMPURUAN UNDUK NGADAU KOTA MARUDU 2026
Tarikh: 07 MEI 2026
Tempat: Astaka Padang Daerah Kota Marudu
2. PERTANDINGAN AKHIR UNDUK NGADAU KOTA MARUDU 2026
Tarikh: 10 MEI 2026
Tempat: Astaka Padang Daerah Kota Marudu
“Kaamatan: Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”
“Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”
“Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony”