07/03/2023
Selepas 1 minggu ditunda akibat cuaca yang tidak mengizinkan, Kejohanan Liga Bola Tampar Kota Marudu diteruskan untuk Gameweek 4.
Perlawanan pertama ialah diantara pasukan GDT menentang Lalang Hills. Permainan yang dipenuhi dengan beberapa serangan mantap daripada kedua-dua pasukan, namun dengan kecederaan bahagian kaki kanan yang dialami oleh spiker pasukan Lalang Hills, GDT beroleh kemenangan dengan skor 3-1(25-17, 25-19, 23-25,25-17) sekaligus berjaya naik 1 anak tangga di tangga ke-4.
Perlawanan kedua p**a ialah diantara pasukan di tangga teratas Santai2 menentang pasukan Raihan. Babak awal permainan melihat pasukan Raihan memberi saingan hebat memenangi set pertama namun pasukan Santai2 bangkit di set-set seterusnya dan memenangi perlawanan dengan skor 3-1 (24-26, 25-17, 25-20, 25-20). Santai2 kekal di tangga teratas dengan mata penuh setiap perlawanan setakat ini.
Perlawanan ketiga ialah diantara pasukan TMTouch menentang pasukan SMAG yang masih lagi belum dapat mencari rentak permainan yang dicari. TMTouch menang dengan skor 3-0 (25-7, 25-14, 25-17).
Perlawanan keempat ialah diantara pasukan Kokobuan dan Kanarom yang dipenuhi dengan aksi-aksi blocking yang mantap daripada kedua-dua pasukan. Pasukan Kokobuan menang untuk naik 1 anak tangga ke tangga ke-3 dengan skor 3-1 (25-23, 22-25, 25-16, 25-16).
Perlawanan kelima adalah perlawanan yang paling ditunggu-tunggu untuk penentuan tangga ke-2 liga diantara pasukan BMB dan pasukan Konran. Permainan yang penuh dengan emosi dan serangan-serangan licik daripada kedua-dua pasukan namun pasukan Konran berjaya menang dengan skor 3-1 (25-21, 25-18, 17-25, 25-14) dan berjaya naik 1 anak tangga ke tangga ke-2 liga dan berkongsi mata dengan pasukan Kokobuan.