Setiakawan Bagan Serai

Setiakawan Bagan Serai Medium untuk mempromosikan aktiviti/program yang dijalankan oleh Setiakawan Bagan Serai

06/11/2025

JOM RAMAI-RAMAI KITA TENGOK ANAK CILIK KITA BERMAIN BOLA PADA KEJOHANAN BOLA SEPAK TERBUKA PIALA KPNJ (Kategori U12) anjuran KELAB LEGASI SETIAKAWAN ⚽️

🔥 Kejohanan Bola Sepak kategori Bawah 12 Tahun kini bakal berlangsung bagi merebut Piala KPNJ bagi tahun 2025

🏟️ Lokasi: Stadium Mini Bagan Serai
📅 Tarikh: 8 & 9 November 2025 (Sabtu & Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi

🏆 HADIAH LUMAYAN MENANTI
Kategori Cup
🥇 Juara: RM3000 + Piala & Medal
🥈 Naib Juara: RM1500 + Piala & Medal
🥉 Ketiga: RM750 + Medal
🏅 Keempat: RM750 + Medal

Kategori Plate
🥇 Juara: RM750 + Medal
🥈 Naib Juara: RM500 + Medal
🥉 Ketiga: RM250 + Medal
🏅 Keempat: RM250 + Medal

✨ Jangan lepaskan peluang untuk pasukan anda bersaing merebut gelaran juara & hadiah menarik, Daftar segera sebelum tarikh tutup

📲 Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, hubungi:
👉 Ali May: 016-5569697
👉 Nadzri: 017-4123536
👉 Agilan: 017-2876703


06/11/2025

Alhamdulillah, satu lagi inisiatif untuk kebajikan rakyat akan dibawa ke Alor Pongsu 💛
Melalui Jualan Sejahtera Rakyat, kami berusaha memastikan setiap keluarga dapat menikmati barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dan berpatutan. Dengan diskaun sehingga 20% yang diberikan, program ini adalah komitmen kita untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar.

📅 Sabtu, 8 November 2025
⏰ 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Dewan Dato Zainal Abidin Zain, Bagan Serai

Jom hadir bersama keluarga dan jiran tetangga, Rebut peluang untuk mendapatkan bahan makanan serta barangan dapur yang berkualiti pada harga jimat, bukan sahaja untuk mengurangkan beban perbelanjaan, malah untuk menambah kesejahteraan isi rumah. Kad Perak Sejahtera juga diterima bagi memberi manfaat lebih meluas kepada golongan sasaran.

Mari kita hadir beramai-ramai dan sokong inisiatif ini!
Bersama kita menjayakan usaha membantu dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat







06/11/2025

MAKLUMAN PENTING: PENGAMBILAN KIT LARIAN BUKAHAN SABARATAAN 2.0 @ JELAS

Dimaklumkan bahawa pengambilan kit larian bagi program Bukahan Sabarataan 2.0 @ JELAS akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Jumaat, 7 November 2025
🕒 Masa: 3.00 petang hingga 9.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak

Semua peserta yang berdaftar dikehendaki hadir bagi mengambil kit larian masing-masing pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Sila pastikan anda membawa dan menunjukkan bukti e-mel penyertaan yang diterima sebagai pengesahan semasa proses pengambilan kit.

Program Bukahan Sabarataan 2.0 @ JELAS merupakan inisiatif yang menghimpunkan semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia
Diharapkan semua peserta dapat membuat persediaan rapi bagi memastikan penyertaan berjalan lancar dan meriah.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pengambilan kit larian boleh diajukan kepada:
📞 Farid: 013-500 8706
📞 Hafizulrahman: 013-538 219







06/11/2025
06/11/2025

Jemputan ke Malam Ilmu @ JELAS 🌙✨

Dengan penuh rasa syukur, semua penduduk Bagan Serai dan kawasan sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan Malam Ilmu @ JELAS yang bertemakan:

“Kepimpinan Rasulullah SAW Memacu Masyarakat”

📌 Butiran Program:
🗓 8 November 2025 (Sabtu)
🕖 Bermula jam 7.00 malam
📍 Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak

Acara dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Bacaan Yaasin & Solat Hajat Palestin 🇵🇸

🎤 Penceramah jemputan:
• Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Bin Othman
(M***i Pulau Pinang)
• Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah
(Naib Canselor Universiti Islam Selangor)

👨‍💼 Moderator:
Ustaz Zakaria Othman
(Pengurus Institut Pemberdayaan Ummah Selangor, JAIS)

Ayuh! Kita hadir beramai-ramai bagi menuntut ilmu, memperkukuh ukhuwah serta bersama-sama berdoa kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin







06/11/2025

Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera
Zon Utara
Kini tiba di Bagan Serai! 🎉

Jom sertai program kerjaya terbesar ini yang menghimpunkan pelbagai agensi dan majikan untuk peluang pekerjaan terbaik buat anak muda Perak! 💼✨
Datang, daftar & terus temuduga di lokasi! ✅

📌 Butiran Program:
🗓 8 November 2025 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak

🎯 Apa yang menanti anda?
✅ Peluang pekerjaan pelbagai sektor
✅ Khidmat nasihat kerjaya
✅ Bimbingan penyediaan CV & temuduga
✅ Perkhidmatan agensi rasmi kerajaan
✅ Platform pencarian kerja melalui aplikasi Talent Perak

📱 Daftar melalui Aplikasi Talent Perak
➡️ Google Play & App Store

Ayuh anak muda Bagan Serai dan sekitarnya!
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membina masa depan kerjaya yang lebih cemerlang di negeri Perak 🌟

02/11/2025

JELAJAH ALOR PONGSU SEJAHTERA 2025 ✨🌾

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anak muda, penduduk Alor Pongsu dan seluruh warga Bagan Serai

Kami dengan penuh semangat menjemput anda semua untuk sama-sama memeriahkan program JELAS (Jelajah Alor Pongsu Sejahtera) yang akan berlangsung pada:

📅 Sabtu, 8 November 2025
📍 Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak
Bermula jam 7.00 pagi ⌚️

Program JELAS kali ini tampil dengan pengisian yang lebih padat, menarik dan menyeluruh buat seisi keluarga
Dari aktiviti santai, sukan, e-sukan, hingga ke peluang kerjaya dan kesihatan semuanya ada di bawah satu bumbung JELAS

Antara aktiviti utama yang bakal menggegarkan JELAS:
🏃‍♂️ Bukahan Sabarataan 2.0 @ JELAS
🌙 Malam Ilmu @ JELAS
Tajuk : "Kepimpinan Rasulullah SAW Memacu Masyarakat"
🤲🏻 Solat Maghrib, Solat Hajat & Bacaan Yaasin untuk Palestin 🇵🇸
🎮 Mobile Legends Bang Bang @ JELAS
⚽ Kejohanan Bola Sepak Piala KPNJ @ JELAS
🎨 Pertandingan Mewarna @ JELAS
💼 Karnival Kerjaya & Pameran Agensi Kerajaan
💉 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
🛒 Jualan Sejahtera Rakyat

Mari bersama-sama kita jayakan agenda dan semarakkan semangat kebersamaan 💙

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam program penuh manfaat untuk seluruh warga Alor Pongsu
Bawa keluarga, ajak kawan-kawan
Jumpa anda semua di JELAS 2025 🔥

📸 Kongsi detik anda dan tag kami di media sosial:
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak DUN Alor Pongsu







02/11/2025

JELAJAH YAKIN 2025
Yakin Kejayaan Inisiatif Negeri

Salam hormat seluruh warga DUN N.10 Alor Pongsu
Kami menjemput tuan-tuan dan puan-puan hadir ke Jelajah YAKIN 2025, platform penerangan dan libat urus yang membawakan pelbagai inisiatif kerajaan negeri Perak terus kepada rakyat di kawasan Dun Alor Pongsu

📅 8 November 2025 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi
📍 Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak

✅ Penerangan pelan Perak Sejahtera 2030
✅ Ketahui dengan lebih dekat usaha dan kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan negeri Perak
✅ Kupasan inisiatif dan manfaat untuk rakyat Perak
✅ Ruang bertanya & memberi pandangan terus kepada kepimpinan

Mari bersama memperkukuh keyakinan dan sokongan terhadap pembangunan negeri yang lebih makmur, maju dan sejahtera 🤍💛🖤

Jom semua kita jayakan demi kesejahteraan rakyat Alor Pongsu dan Perak Sejahtera 2030







26/10/2025

🌾🏃‍♂️ TREK LARIAN BUKAHAN SABARATAAN 2.0 🏃‍♀️🌾

Inilah laluan rasmi yang akan dilalui peserta pada hari acara nanti
Bermula dan berakhir di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, trek sejauh 5KM ini akan membawa anda menyusuri keindahan suasana kampung dengan tiga checkpoint utama:

✅ Checkpoint Pertama: Rumah Tengah Bendang
✅ Checkpoint Kedua: Taman Serai Jati
✅ Checkpoint Ketiga: Taman Serai Merbau

Sambil berlari, anda akan menikmati suasana sawah padi dan udara segar Alor Pongsu yang 🌾✨

📍 Tarikh: 8 November 2025
⏰ Flag Off: 7.30 pagi
📌 Lokasi: Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak

Ayuh sertai kami dan jadikan pagi anda lebih bermakna dengan semangat
Jelajah Alor Pongsu Sejahtera





Address

No. 70, Lintang Thaupy 2
Bagan Serai
34300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setiakawan Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Setiakawan Bagan Serai:

Share

Category