03/12/2025
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
15)Tatkala mereka (saudara-saudara Yusuf) pergi dengannya (Yusuf) dan mereka telah sepakat hendak melemparkannya ke dalam dasar telaga, (lalu dilemparkan). Kami (Allah) telah mewahyukan kepadanya (Yusuf), demi, engkau akan mengkhabarkan kepada mereka tentang urusan (perbuatan) mereka itu, sedang mereka tidak sedar.
16) Dan mereka datang kepada bapa mereka (Yaakub) pada petang hari, sedang mereka menangis.
17)Mereka berkata: Wahai bapa kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat pakaian kami, lalu dia dimakan oleh serigala, tentu bapa tidak percaya kepada kami, meskipun kami orang yang benar.
18) Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumur) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu.
19) Dan kemudian musafir-musafir datang (dari negeri Madyan yang hendak ke Mesir), lalu mereka menyuruh seorang di antara mereka mengambil air, lalu dihulurkannya (dijatuhkan) timba ke dalam telaga itu, (dan Yusuf berpegang kepadanya). Berkata orang yang mengambil air itu: Ya khabar gembira, ini seorang pemuda. Kemudian mereka sembunyikan Yusuf ke dalam barang perniagaan, sedang Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
20) Dan kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, beberapa dirham sahaja, sedang mereka orang yang zuhud (kurang s**a) kepadanya.
21) Dan berkata orang yang membelinya di Mesir kepada perempuannya (Zulaiha): Muliakan kedudukannya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak. Demikianlah Kami tempatkan Yusuf di bumi (Mesir) dan supaya Kami ajarkan kepadanya takwil mimpi. Allah Maha Menang (Kuasa) atas urusanNya. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah YUSUF)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.