02/10/2022
UCAPAN PENGHARGAAN
Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera
ALHAMDULILLAH, semalam (1 Oktober 2022) berlangsungnya acara / kejohanan KEDAH ENDURACE & FUNRIDE 2022 yang dianjurkan bersama PERSATUAN BERBASIKAL NEGERI KEDAH DARUL AMAN (PBNKDA) & JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH (JBS KEDAH) juga selari dengan program 'Road To Hari Sukan Negara'.
Bagi pihak PBNKDA dan urusetia program KEF2022 ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat di dalam memberi komitmen cemerlang sebelum dan semasa program berlangsung. Agensi / Jabatan yang dimaksudkan ialah;
Bahagian Istiadat & Pengurusan Majlis SUK Kedah
Unit Protokol Istana Kedah
Pejabat Menteri Besar
Pejabat Daerah Kubang Pasu
Pejabat Daerah Kota Setar
Lembaga Muzium Negeri Kedah
PDRM IPK Kedah
PDRM IPD Kota Setar
PDRM IPD Kubang Pasu
Majlis Bandaraya Alor Setar
Jabatan Kerja Raya
Jabatan Bomba & Penyelamat
Jabatan Penerangan Negeri Kedah
RTM (KedahFM)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Setinggi penghargaan juga kepada Penaja-penaja utama dan penaja-penaja sampingan didalam memastikan perjalanan program KEF2022 ini digerakkan dengan sempurna. Penaja yang dimaksudkan adalah seperti berikut;
Yayasan Salleh Saidin
The Weststar Group
Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI)
Ayah Bike Shop
Musbar Maju Auto
Langkawi Pure
Cycle X
100Plus
Era Edar
Taaveekun
Nestle
ISport
Tidak ketinggalan, 2 kelab gabungan iaitu Kelab Sukan Rekreasi Marina dan Kelab Berbasikal Bayu Baling yang turut sama membantu didalam menguruskan acara ini dari awal hingga akhirnya.
Setinggi terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang mendaftar samada endurace atau funride. Tanpa penyertaan kalian, sudah pastinya program ini menjadi tidak meriah. Teruskanlah memberi sokongan terhadap acara sebegini.
Terima kasih juga kepada semua petugas yang memberikan komitmen cemerlang bagi mempastikan majlis berjalan dengan teratur dan lancar.
Terima Kasih
Kenyataan bersama:
Dato' Wira Haji Amiruddin Bin Haji Hamzah
Presiden,
Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman (PBNKDA)
&
Tn. Haji Nasir Bin Mustafa
Pengarah
Kejohanan Kedah Endurace & Funride 2022