Q Ads Media

Q Ads Media Q Ads Media & Comm Sdn Bhd - Media TV, Radio, Newspaper, Billboard, Event Mgt & Digital Mktg.

11/05/2026

55 Keluarga Menerima Manfaat 🀍

Terima kasih Global Ehsan Relief Malaysia sudi mengajak kami Q Ads Media sama melakukan kerja amal bersama pengurusan kanan Mohd Hazrul Rabu Salwa Md Salleh.

Alhamdulillah, program agihan bulanan di Kampung Mengkuang Semarak, Pulau Pinang telah berjaya memberi manfaat kepada 55 keluarga melalui bantuan pek makanan dan sumbangan tunai.

Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar bantuan, tetapi tanda kasih dan keprihatinan kita bersama. Semoga usaha kecil ini terus menjadi asbab kebaikan dan memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti πŸ’«

10/05/2026

PAPUH Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH ANJUR KARNIVAL PELANCONGAN ISLAM 2026, PLATFORM TERBESAR INDUSTRI PELANCONGAN MUSLIM & UMRAH MALAYSIA
SHAH ALAM, SELANGOR

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) Papuh Malaysia bakal menganjurkan Karnival Pelancongan Islam – PAPUH Muslim Travel Fair 2026 pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bertemakan β€œJelajah Dunia, Cipta Kenangan, Dekati Ilahi”, karnival ini dijangka menjadi antara platform terbesar yang menghimpunkan pemain industri pelancongan Islam, agensi umrah dan haji, syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, pemain industri halal serta pelbagai organisasi berkaitan pelancongan Muslim dari dalam dan luar negara.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, penganjuran karnival ini selari dengan usaha memperkukuhkan ekosistem pelancongan Islam di Malaysia serta membuka lebih banyak peluang jaringan strategik antara pemain industri.

Menurut beliau, Karnival Pelancongan Islam 2026 bukan sekadar platform promosi dan jualan pakej pelancongan, malah menjadi medium untuk mendidik masyarakat mengenai konsep pelancongan Islamik yang menitikberatkan aspek ibadah, nilai kekeluargaan serta pengalaman pelancongan berkualiti dan patuh syariah.

β€œPAPUH komited untuk terus menjadi jambatan yang menyatukan industri pelancongan umrah, haji dan pelancongan Islamik negara. Karnival ini bakal membuka ruang kerjasama lebih luas antara agensi pelancongan, syarikat korporat, pemain industri halal dan pelbagai pihak berkepentingan demi memperkasakan industri pelancongan Muslim Malaysia,” katanya.

Pengunjung bakal menikmati pelbagai tawaran menarik melibatkan:
-Pakej Umrah & Haji dengan promosi eksklusif
-Pakej pelancongan luar negara ke destinasi pilihan Muslim
-Pelancongan dalam negara (inbound) berasaskan konsep Muslim Friendly Tourism
-Aktiviti kekeluargaan dan pentas interaktif
-Cabutan bertuah, hadiah istimewa dan promosi karnival.

Selain itu, PAPUH turut membuka peluang kepada syarikat korporat, agensi pelancongan, pemain industri halal, institusi kewangan Islamik, syarikat penerbangan, hospitaliti dan usahawan untuk menyertai karnival ini sebagai peserta pameran, penaja strategik atau rakan kolaborasi rasmi.

Karnival ini dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh negara termasuk bakal jemaah umrah dan haji, pencinta pelancongan Islamik, keluarga serta komuniti Muslim yang mencari pakej pelancongan patuh syariah dan berkualiti.

Orang ramai dan syarikat yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menyertai karnival boleh menghubungi:

πŸ“ž HJH Faridah – 016-208 9045
πŸ“ž Ust Mursyid – 013-301 6187

Layari juga:
www.papuh.my⁠
Facebook Umrah & Muslim Fair by Papuh / Instagram / YouTube : PAPUH Malaysia

β€œTerokai Dunia Bersama PAPUH – Perjalanan Indah, Ibadah Juga Berkat.”





























07/05/2026
07/05/2026

Erti Korban Bukan Sekadar Pada Nama... πŸŒ™Ramai yang ingat korban ni hanya bila tiba Hari Raya Aidiladha sahaja. Tapi sebenarnya, setiap hari kita "berkorban"...

✨ JUMAAT (1/5/2026) ASSALAM  (TV ALHIJRAH)✨Bersama Ustaz Bakhtiar Fitri (Jurucakap Pembinaan Masjid Lestari Perdana)WAKA...
04/05/2026

✨ JUMAAT (1/5/2026) ASSALAM (TV ALHIJRAH)✨

Bersama Ustaz Bakhtiar Fitri (Jurucakap Pembinaan Masjid Lestari Perdana)

WAKAF & INFAQ PEMBINAAN MASJID LESTARI PERDANA, BANDAR PUTRA PERMAI, SERI KEMBANGAN, SELANGORπŸ•Œ

🌿 Jom Bersedekah, Bina Masjid, Raih Pahala Berterusan! 🌿

Setiap infaq yang kita berikan, walau kecil, membawa keberkatan yang besar. Masjid ini bakal menjadi tempat sujud, menuntut ilmu, dan menjalankan kebajikan untuk umat Islam. πŸ•Œβœ¨

Allah SWT menjanjikan ganjaran berlipat ganda bagi mereka yang membantu membina rumah-Nya. Ayuh, bersama kita jayakan pembinaan masjid ini agar manfaatnya berkekalan hingga ke generasi seterusnya.

Satu sumbangan, sejuta keberkatan! πŸ€²πŸ½πŸ’–

Sumbangan boleh disalurkan ke:

🏦 MAYBANK ISLAMIC - 5628 0755 1357
🏦 BANK ISLAM - 1227 0010 0108 85

INFO LANJUT:
πŸ“ž En. Afiz - 012-650 2312
πŸ“ž En. Syahril - 019-324 4985
🌐 Website - masjidlestariperdana.com
πŸ“± Facebook - Masjid Lestari Perdana, Seri Kembangan

Terima Kasih ✨

JUMAAT (1.5.26) -  (ASSALAM TVAH)WAKAF & INFAQ PEMBINAAN MASJID BUKIT BERUNTUNG, RAWANG, SELANGORBersama Ustaz Che Amran...
04/05/2026

JUMAAT (1.5.26) - (ASSALAM TVAH)

WAKAF & INFAQ PEMBINAAN MASJID BUKIT BERUNTUNG, RAWANG, SELANGOR

Bersama Ustaz Che Amran (Pendakwah Bebas Merangkap Duta Dana Pembinaan Masjid Bukit Beruntung)

Jom Berinfak, Bina Rumah di Syurga! πŸ•Œβœ¨

Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa membangun masjid untuk Allah, walaupun hanya sebesar sarang burung atau lebih kecil, Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga."
(Riwayat Ibn Majah, No. Hadis: 738)

Bayangkan setiap kali azan berkumandang, solat berjemaah didirikan, alunan zikir dan bacaan al-Quran bergema di Masjid Bukit Beruntung – semua itu terjadi kerana sumbangan anda! πŸ€²πŸ’–

Lebih 60,000 penduduk di kawasan ini telah menanti selama 20 tahun untuk memiliki sebuah masjid sendiri. Inilah peluang kita untuk menyumbang dan menjadi sebahagian daripada pembinaan rumah Allah yang akan memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.

🌟 Jom jadi asbab pahala berterusan! 🌟

πŸ’³ Infak sekarang:
No. Akaun: 3814 2184 36 - Public Bank
πŸ“œ No. Surat Kelulusan JAIS: JAL.Sel.BPM/01/018/5(10)

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, Hubungi:
πŸ“± Haji Abdullah - 019 218 2600
πŸ“± Tuan Syed - 019 237 1158
πŸ“± Haji Khairul - 019 214 1144

πŸ”Maklumat lanjut layari:
Website: www.masjidbukitberuntung.com
Facebook: Pembinaan Masjid Bukit Beruntung
Instagram: masjidbukitberuntung

Sumbangan kecil anda mungkin ringan di tangan, tetapi berat nilainya di sisi Allah SWT. πŸŒΏπŸ’š

✨ JUMAAT, 1/5/26  - ASSALAM (TVAH) ✨ BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR (PENGASAS KIDAF)DANA PENGURUSAN DAN PENAMBAHBAIKAN MA...
04/05/2026

✨ JUMAAT, 1/5/26 - ASSALAM (TVAH) ✨

BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR (PENGASAS KIDAF)

DANA PENGURUSAN DAN PENAMBAHBAIKAN MASJID NUR MUHAMMAD KOMPLEKS ISLAM DARUL FAIZIN (KIDAF)πŸ•Œ

🌿 Jom Bersedekah, Bina Masjid, Raih Pahala Berterusan! 🌿

Setiap infaq yang kita berikan, walau kecil, membawa keberkatan yang besar. Masjid ini bakal menjadi tempat sujud, menuntut ilmu, dan menjalankan kebajikan untuk umat Islam. πŸ•Œβœ¨

Allah SWT menjanjikan ganjaran berlipat ganda bagi mereka yang membantu membina rumah-Nya. Ayuh, bersama kita jayakan pembinaan masjid ini agar manfaatnya berkekalan hingga ke generasi seterusnya.

Satu sumbangan, sejuta keberkatan! πŸ€²πŸ½πŸ’–

Sumbangan boleh disalurkan ke: Dana Pengurusan Dan Penambahbaikan Masjid Nur Muhammad Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF)

🏦 BANK ISLAM - 0205 7010 0463 52

INFO LANJUT:
☎️ Hotline - 010-448 6656
🌐 Website - www.darulfaizin.org
πŸ“± Facebook - Maahad Darul Faizin - Rasmi

Terima Kasih ✨

https://www.facebook.com/share/v/1CkhB7Ly7Y/πŸ•Œβœ¨ WAKAF SAHAM AKHIRAT PEMBINAAN MASJID AS-SIDDIQIN, KUNDANG JAYA βœ¨πŸ•ŒKHAMIS [...
04/05/2026

https://www.facebook.com/share/v/1CkhB7Ly7Y/

πŸ•Œβœ¨ WAKAF SAHAM AKHIRAT PEMBINAAN MASJID AS-SIDDIQIN, KUNDANG JAYA βœ¨πŸ•Œ

KHAMIS [30.4.26] - RADIO IKIM

Bersama Ustaz Hanafiah Malek (Jurucakap Pembinaan Masjid As-Siddiqin)

🀍 Jom Berinfaq Demi Rumah Allah! 🀍

Walaupun sumbangan kita kecil, jika ramai yang menyumbang, impian untuk membina masjid kariah ini pasti menjadi kenyataan. Masjid ini bukan sekadar tempat solat, tetapi juga pusat ilmu dan kebajikan untuk generasi kini dan akan datang. πŸ•Œβœ¨

Keikhlasan kita dalam berinfaq akan menjadi amalan yang tidak putus-putus ganjarannya di sisi Allah SWT. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam usaha mulia ini!

Ayuh, bersama kita bina rumah Allah dan raih pahala berpanjangan! πŸ€²πŸ½πŸ’–

Sumbangan boleh disalurkan ke: Dana Pembinaan Masjid As-Siddiqin, Kundang Jaya, Rawang, Selangor

🏦 AMBANK ISLAMIC - 888 105 766 2049

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
πŸ“± 013-4199382

Atau layari laman rasmi Facebook: Masjid As-Siddiqin, Kundang Jaya.

Terima Kasih ✨

https://www.facebook.com/share/v/1CgGfdhwzH/RABU, RADIO IKIM (29/4/2026) USTAZ MOHD RADZI _______PΜ²EΜ²LΜ²UΜ²AΜ²NΜ²GΜ² IΜ²NΜ²FΜ²AΜ²...
04/05/2026

https://www.facebook.com/share/v/1CgGfdhwzH/

RABU, RADIO IKIM (29/
4/2026) USTAZ MOHD RADZI
_______

PΜ²EΜ²LΜ²UΜ²AΜ²NΜ²GΜ² IΜ²NΜ²FΜ²AΜ²QΜ² PEMBINAAN MΜ²AΜ²SΜ²JΜ²IΜ²DΜ² KΜ²OΜ²TΜ²AΜ² WΜ²AΜ²RΜ²IΜ²SΜ²AΜ²NΜ² πŸ•Œ

πŸ’› π™ˆπ˜Όπ™”π˜½π˜Όπ™‰π™†
πŸ’› 5623 7542 1246

🩡 π™π™ƒπ˜½ π˜½π˜Όπ™‰π™†
🩡 2124 5760 050 801

❀️ π˜Όπ™π™π™„π™‰ π™„π™Žπ™‡π˜Όπ™ˆπ™„π˜Ύ π˜½π˜Όπ™‰π™†
❀️ 1066 2001 1331

Untuk Maklumat lanjut Hubungi :
013-9992023 - En. Zuber

Atau layari :

Masjidkotawarisan.com
________

NIAT INFAQ

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat Atas Nabi Muhammad S.A.W

"Saya / kami Infaqkan Wang ini RM ....untuk pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang Selangor kerana Allah SWT. Andaikata ada pahala daripada Infaq saya / kami ini...saya / kami sedekahkan untuk diri kami, ibu bapa kami .....Dan seluruh kaum muslimin atas muka bumi.”
--

Untuk Mendapatkan Resit :-

Nama Penuh :
Resit Bank in (dilampirkan)

Setinggi penghargaan & ucapan terima kasih daripada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kota Warisan

https://www.facebook.com/share/v/189BZ4mCQ1/πŸ•Œβœ¨ WAKAF & INFAQ PEMBINAAN MASJID BAHARU AL-ISLAHIAH, KUANG βœ¨πŸ•ŒπŸ“Ί SELASA, 28/4...
04/05/2026

https://www.facebook.com/share/v/189BZ4mCQ1/

πŸ•Œβœ¨ WAKAF & INFAQ PEMBINAAN MASJID BAHARU AL-ISLAHIAH, KUANG βœ¨πŸ•Œ

πŸ“Ί SELASA, 28/4/2026 DI RADIO IKIM

Bersama :-

Ustaz Harryanto Rizal Jurucakap Pembinaan Masjid Baharu Al-Islahiah Kuang, Selangor.

Masjid Al-Islahiah yang berusia lebih 100 tahun kini memasuki fasa pembinaan kali ketiga. Kapasiti sedia ada sekitar 800 jemaah dan kedudukan fizikalnya yang rendah menyebabkan ruang solat sering dilimpahi air apabila hujan lebat.

InsyaAllah, masjid baharu dua tingkat ini bakal memuatkan lebih 1,600 jemaah serta dilengkapi dewan solat utama dua tingkat, dewan serbaguna, bilik mesyuarat dan kuliah, bilik audio visual, bilik wuduk dan bilik pengurusan jenazah.

🀍 Jom berinfaq & berwakaf. Walau sedikit, jika ramai menyumbang, insyaAllah menjadi sedekah jariah berpanjangan.

πŸ’³ Sumbangan:
Maybank 5627 4014 0340
CIMB 8602 8690 65
Bank Rakyat 1100 4783 60

πŸ“˜ Facebook: Masjid Al-Islahiah Original

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut:
* Hj. Hamidun – 013-337 2524
* Hj. Supandi – 014-265 6607
* Hj. Zainuddin – 019-272 4329

Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60162245097

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Q Ads Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Q Ads Media:

Share

Category