19/12/2025
[ 5 DISEMBER 2025 ]
Hari Kelapan PESKON UPM 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang melalui pelbagai acara yang berjaya menarik perhatian warga kampus serta masyarakat umum.
Pada malam kemuncak, Majlis Penutup PESKON UPM 2025 berlangsung dengan penuh berprestij, menampilkan persembahan khas daripada para pemenang FESNIK, persembahan Boria, serta barisan penyanyi berbakat daripada Putra Got Talent. Setiap persembahan menyerikan suasana dan menjadi simbol penutup yang bermakna bagi festival tahun ini.
Di kawasan sekitar, para pengunjung terus menikmati pelbagai pengisian menarik seperti Foodfest buat kali terakhir tahun ini, yang menjadi tumpuan sepanjang festival.
Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, organisasi universiti, ahli jawatankuasa, peserta, seluruh warga UPM dan semua masyarakat setempat atas sokongan serta komitmen berterusan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan PESKON UPM 2025.
Sampai kita bertemu lagi pada penganjuran PESKON UPM tahun depan!