Keling Kumang Karnival Selangau 2026

Keling Kumang Karnival Selangau 2026 Pertandingan Keling dan Kumang sempena Karnival Selangau

Peluang terakhir buat Bonnyta untuk menyertai pertandingan Keling memandangkan syarat umur penyertaan adalah antara 18 h...
27/07/2026

Peluang terakhir buat Bonnyta untuk menyertai pertandingan Keling memandangkan syarat umur penyertaan adalah antara 18 hingga 35 tahun. Bonnyta menggunakan peluang ini sebaik mungkin sebelum bersara daripada pentas pertandingan Keling.

Beliau berkata akan memanfaatkan gelaran Keling ini untuk menyemai minat golongan muda agar lebih aktif dalam melestarikan adat, warisan dan kebudayaan masyarakat Iban.

Ini merupakan penyertaan kali kedua Bonnyta dalam pertandingan tersebut. Selepas berjaya meraih gelaran Bungai Nuing RNI pada tahun lalu, tahun ini beliau sekali lagi melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Keling Karnival Selangau 2026.

Bonnyta berkata :- anang mudah putus asa.
sama2 kitai belajar ngetanka adat enggau main asal kitai Iban. Enti ukai diatu kemaya agi, enti ukai aku sapa agi.

Bonnyta Morris
Keling Karnival Selangau 2026

Penyertaan kali ketiga Maryline Dyna di Pentas Kumang Karnival Selangau 2026 akhirnya membuahkan hasil apabila beliau be...
27/07/2026

Penyertaan kali ketiga Maryline Dyna di Pentas Kumang Karnival Selangau 2026 akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai Kumang.

Pada tahun 2023 dan 2024, Maryline hanya membawa pulang anugerah saguhati. Namun, kegigihan dan semangatnya akhirnya membuahkan kejayaan dengan meraih mahkota pada tahun 2026.

Maryline berkata:- Anang takut alah, anang nguji sekali aja insah amat taji kitai ba adat pesaka iban. Anang mantul terukan ka depanπŸ™πŸ»

Nuju nembiak rebak baru, belajar myuh agi main asal kitai, anang putus asa. Ambi peluang ba luar ti bisi. Ulih nanya kami senentang jaku pemuka, ensumbar ngambi sama bela nemu, ambika sanding sereta chunto. πŸ₯°

Nya ari aku.
Maryline Dyna
Kumang selangau 2026

πŸ† Tahniah & Syabas Keling & Kumang Karnival Selangau 2026 | Foto by J.Havit StudioPertandingan Keling & Kumang sempena K...
26/07/2026

πŸ† Tahniah & Syabas Keling & Kumang Karnival Selangau 2026 | Foto by J.Havit Studio

Pertandingan Keling & Kumang sempena Karnival Selangau 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan.

Berikut merupakan senarai pemenang kategori Keling:

πŸ₯‡ Keling
Bonnyta Morris

πŸ₯ˆ Laja
Lawrence Law

πŸ₯‰ Bungai Nuing
Da Nuel

Berikut merupakan senarai pemenang kategori Kumang:

πŸ₯‡ Kumang
Maryline Dyna

πŸ₯ˆ Lulong
Arinna Bilet

πŸ₯‰ Selinggar Matahari
Felecia Christian

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan komitmen, kreativiti serta semangat dalam melestarikan budaya dan kebudayaan masyrakat Iban amnya sepanjang pertandingan. Semoga platform ini terus menjadi pemangkin dalam memperkasakan seni budaya dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat. Semoga Karnival Selangau akan terus diperkasakan sebagai platform pembangunan komuniti yang menggabungkan elemen ekonomi, pelancongan, keusahawanan dan pemeliharaan warisan budaya demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar. - RNI

Penjurian Secara Indoor Interview Pengetahuan Ngepan Iban – Pertandingan Akhir Karnival Selangau 2026 | Foto by J.Havit ...
26/07/2026

Penjurian Secara Indoor Interview Pengetahuan Ngepan Iban – Pertandingan Akhir Karnival Selangau 2026 | Foto by J.Havit Studio

Sesi penjurian secara indoor interview merupakan salah satu komponen penting dalam Pertandingan Akhir Karnival Selangau 2025. Kaedah ini bertujuan menilai tahap pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap Ngepan Iban sebagai warisan budaya yang kaya dengan nilai sejarah, simbolisme dan identiti masyarakat Iban.

Dalam sesi ini, peserta bukan sahaja dinilai berdasarkan keindahan, keaslian dan kelengkapan Ngepan Iban yang digayakan, malah turut diuji mengenai sejarah, fungsi, simbolisme serta kepentingan setiap aksesori yang melengkapkan pakaian tradisional tersebut.

Ngepan Iban bukan sekadar busana tradisional, bahkan merupakan lambang maruah, kehormatan dan identiti masyarakat Iban. Pada suatu ketika dahulu, pemakaian aksesori tertentu seperti marik empang dan rawai hanya dibenarkan kepada wanita yang telah mencapai kedudukan atau pengiktirafan tertentu dalam masyarakat. Tradisi ini mencerminkan status sosial, pencapaian serta penghormatan terhadap adat resam yang diwarisi turun-temurun.

Sebanyak 50% daripada jumlah markah keseluruhan diperuntukkan kepada sesi indoor interview ini sebelum peserta membuat persembahan di pentas akhir. Penilaian awal ini bertujuan memastikan setiap peserta bukan sahaja mampu memperagakan Ngepan Iban dengan penuh keyakinan dan keanggunan, malah memiliki pengetahuan yang mendalam tentang makna, fungsi dan sejarah di sebalik setiap komponen yang dipakai.

Melalui pendekatan ini, barisan juri dapat mengenal pasti peserta yang bukan sahaja menyerlah dari segi penampilan, tetapi juga menunjukkan penghargaan, kefahaman dan komitmen dalam memelihara serta mengangkat martabat warisan budaya Iban.

Barisan Juri Pertandingan Akhir Karnival Selangau 2025

En. Steven Abas Patrick Agus
Puan Christina Lagai
En. Philip Jabu
Puan Florance Pinny anak Sigai
Cikgu Michael Bandang

Secara keseluruhannya, sesi penjurian indoor interview memainkan peranan penting dalam memastikan Ngepan Iban terus dihargai bukan sekadar sebagai pakaian tradisional, tetapi sebagai simbol identiti, warisan dan keagungan budaya masyarakat Iban yang wajar dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang. - RNI

Tinggal beberapa minit sahaja lagi. Siapakah bakal Keling & Kumang Karnival Selangau 2026. Jom datang beramai ramai ke t...
26/07/2026

Tinggal beberapa minit sahaja lagi. Siapakah bakal Keling & Kumang Karnival Selangau 2026. Jom datang beramai ramai ke tapak Karnival Selangau sekarang. | Foto by J.Havit Studio

Address

Tapak Karnival Selangau
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601116319457

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keling Kumang Karnival Selangau 2026 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category