Sekolah Alam

Sekolah Alam Sekolah Alam adalah pendidikan masa depan. Silibus dan bilik darjahnya daripada alam terbentang.

Kami membangun dan menawarkannya sebagai alternatif pendidikan sesuai tujuan hakikinya sebagai alat pengutuhan insan.

🌫️ JEREBU BUKAN SEKADAR UDARA KABUR.Keadaan jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak,...
02/09/2026

🌫️ JEREBU BUKAN SEKADAR UDARA KABUR.

Keadaan jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Jom ambil langkah berjaga-jaga:
βœ… Kurangkan aktiviti lasak di luar
βœ… Banyakkan minum air
βœ… Pakai pelitup muka apabila perlu
βœ… Kurangkan pendedahan kepada udara luar
βœ… Sentiasa semak bacaan IPU semasa

Jika bacaan IPU semakin tinggi, utamakan keselamatan dan ikuti nasihat serta arahan pihak berkuasa.

Jaga diri, jaga keluarga dan jaga mereka yang berada di sekeliling kita. ❀️

Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperbaharui rasa cinta kepada ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperbaharui rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, meneladani akhlak Baginda dan meneruskan nilai kasih sayang serta kebaikan dalam kehidupan.

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. ✨

πŸŒ™ CUTI SEKOLAH YANG BERMAKNA!Jom isi masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tapi juga membi...
24/08/2026

πŸŒ™ CUTI SEKOLAH YANG BERMAKNA!

Jom isi masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tapi juga membina adab, ibadah dan akhlak. πŸ’š

KEM CILIK RABBANI
πŸ“… 3 September 2026
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Pejabat Benevolent Malaysia
(atas kedai Mek Senah)
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Umur 7–12 tahun
πŸ’° RM120 / seorang

Antara pengisian:
✨ Adab
✨ Ibadah
✨ Jawi
✨ Al-Quran
✨ Sirah

🍱 Makan tengah hari & minum petang disediakan.

Tempat adalah terhad. Untuk pertanyaan & pendaftaran, klik WhatsApp di sini:

https://wa.me/601137226992

πŸ“ž +60 11-3722 6992

Belajar di tengah alam, belajar dengan kegembiraan."Sekolah Alam, sekolah kehidupan"
12/07/2026

Belajar di tengah alam, belajar dengan kegembiraan.

"Sekolah Alam, sekolah kehidupan"

Hari ini mereka belajar. Esok mereka memimpin. Selamanya mereka memberi impak.Belia hari ini merupakan aset penting dala...
11/07/2026

Hari ini mereka belajar. Esok mereka memimpin. Selamanya mereka memberi impak.

Belia hari ini merupakan aset penting dalam membentuk masa depan negara. Justeru, Lead, Learn & Impact 2025 diwujudkan sebagai platform untuk membangunkan potensi belia melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna, aktiviti luar yang mencabar serta penerapan nilai kepimpinan, integriti dan tanggungjawab sosial.

Program ini bukan sekadar sebuah kem, tetapi sebuah perjalanan untuk membina keyakinan diri, memperkukuh semangat berpasukan dan melahirkan generasi muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti selaras dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG).

πŸ“ Berembun Camp, Ulu Bendul
πŸ“… 12 – 14 Julai 2026

Bersama membentuk pemimpin muda yang berwawasan dan berimpak 🌱

Di antara hamparan sawah menghijau, panorama tasik yang memukau dan keindahan alam yang mendamaikan, satu pengalaman lua...
25/06/2026

Di antara hamparan sawah menghijau, panorama tasik yang memukau dan keindahan alam yang mendamaikan, satu pengalaman luar biasa sedang menanti.

Satu ruang untuk belajar, menghayati dan menemukan makna kehidupan melalui alam.

🌿 Sekolah Alam: Danau Maninjau

Akan Datang.

Salam Maal Hijrah 1448HSempena kedatangan Awal Muharam, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu p...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Awal Muharam, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu perjalanan menuju perubahan yang lebih baik. Semoga tahun baharu ini membuka lembaran penuh keberkatan, memperkukuhkan keimanan, serta membawa ketenangan dan kejayaan dalam setiap urusan.

Semoga setiap langkah yang diambil dipandu dengan hikmah, setiap usaha diberkati, dan setiap impian yang baik dipermudahkan oleh Allah SWT. Mari kita jadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri dan menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. 🀍✨

Ikhlas daripada kami,
Sekolah Alam 🀍
Benevolent Malaysia
Kalam Budi Sdn Bhd
Sekolah Alam
Kelkatu Experience

🌿✨ Terima Kasih Peserta Sekolah Alam! ✨🌿Alhamdulillah, Kem Cuti Sekolah Alam Sesi 1 telah melabuhkan tirainya dengan pen...
08/06/2026

🌿✨ Terima Kasih Peserta Sekolah Alam! ✨🌿

Alhamdulillah, Kem Cuti Sekolah Alam Sesi 1 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kenangan, pembelajaran dan pengalaman yang bermakna.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama-sama meneroka alam, belajar daripada alam dan mencipta memori indah sepanjang 3 hari 2 malam ini. Gelak tawa, semangat kerjasama dan keberanian kalian mencuba perkara baharu menjadi warna yang menceriakan program ini.

Semoga segala ilmu, nilai dan pengalaman yang diperoleh akan terus mekar dalam kehidupan seharian. Jumpa lagi dalam program Sekolah Alam yang akan datang! πŸ’šπŸƒ

🌿🌞 Pagi Yang Ceria di Sekolah Alam 🌞🌿Anak-anak bangun pagi usai Subuh di dalam kebun. πŸ¦πŸƒ"Wahhh..." bila ditanya apa yang...
02/06/2026

🌿🌞 Pagi Yang Ceria di Sekolah Alam 🌞🌿

Anak-anak bangun pagi usai Subuh di dalam kebun. πŸ¦πŸƒ
"Wahhh..." bila ditanya apa yang mereka rasa, jawapannya cukup sederhana. 😊

✨ Tenang.

Tenang yang tidak dapat dibeli di mana-mana pasar raya. Bunyi alam itu sendiri adalah zikir. πŸ‚πŸƒπŸ¦

Seperti burung yang keluar mencari rezeki di awal pagi, anak-anak dibangunkan untuk mengintip suara burung yang terbang rendah di celah-celah ranting dan dedaunan. 🐀🌿
Kemudian, lebih istimewa lagi. πŸ˜„

Anak-anak terpinga-pinga apabila diminta menanggalkan alas kaki.

"Eeee... boleh ke pijak rumput dan tanah basah ni?" πŸ‘£πŸ’§πŸŒ±
Masya-Allah.

Fasilitator memberitahu, itulah antara nikmat yang paling membahagiakan. Bersentuhan dengan embun pagi. βœ¨πŸ’§
Embun selalu dikaitkan dengan apa?

🌿 Suci.

Ya, embun itu suci. 🀍

Kemudian kami membawa mereka ke kebun kecil untuk memeluk pohon πŸŒ³πŸ€— dan menyentuh embun yang masih bergayut di hujung daun. πŸƒπŸ’§

Mudah-mudahan mereka membesar dengan jiwa yang menghargai alam, kerana alam bukan sekadar tempat bermain, tetapi madrasah yang menyentuh hati. ❀️🌿

Dan akhirnya...

Yang paling ditunggu-tunggu!

πŸ’¦ Mandi pagi! πŸ’¦

"Eeeee..." πŸ˜†

Anak-anak belum sempat mandi, sudah berjalan-jalan satu kebun. Patutlah angsa dari tadi bising berbunyi. πŸͺΏπŸ˜‚
"Oi, mandi dulu lah!" agaknya begitu bahasa angsa. 🀭
Jangan mare ya, angsa. Hehe. πŸͺΏ
πŸŒ³πŸƒπŸ’§

Di sini, anak-anak belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada skrin, permainan atau pusat membeli-belah.

Kadang-kadang, ia hadir melalui rumput yang basah, embun yang suci, pohon yang dipeluk dan tawa yang bergema di tengah alam ciptaan-Nya. πŸŒΏβ˜€οΈ

Warna Warni Hari Pertama Sekolah Alam - Kebun Puisi Bermula pendaftaran - ice breaking, pembahagian kumpulan - pengenala...
02/06/2026

Warna Warni Hari Pertama Sekolah Alam - Kebun Puisi

Bermula pendaftaran - ice breaking, pembahagian kumpulan - pengenalan alam sebagai Madrasah - sukaneka dan tahsin ibadah dan malam memupuk keberanian dengan berjalan malam (night walk).

Belajar dalam suasana alam, belajar dalam keriangan.

Address

No 7 (1F), Jalan KLIA Avenue, Pusat Perdagangan KLIA Avenue
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sekolah Alam:

Shortcuts

Share