Bintang IPT Sabah 2014

  • Home
  • Bintang IPT Sabah 2014

Bintang IPT Sabah 2014 Pertandingan Nyanyian Bintang IPT peringkat negeri Sabah 2014. Kebelakangan ini, hiburan dan belia tidak dapat dipisahkan.

Kita melihat belia telah menjadikan hiburan sebagai salah satu medan atau wadah untuk mereka mencari ketenangan dan keseronokan. Oleh itu sejajar dengan pendekatan yang di ambil oleh belia-belia KYS, “Connecting Youth” kita ingin mendekati golongan belia ini terutama sekali melalui konsep seni hiburan. Hiburan di sini bukanlah bermakna hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang berlandaskan jati dir

i belia. Program ini mensasarkan pelajar IPT, secara khususnya dalam memenuhi tanggungjawab sesuai dengan aspirasi generasi Y untuk mendekati golongan belia supaya cintakan dan mahukan cara hidup yang dapat mencapai matlamat kehidupan bermakna dalam persekitaran yang penuh cabaran dan persaingan. Demi membantu dan menjayakan belia IPT mencapai matlamat yang disasarkan, maka pihak Jawatankuasa Penganjur KYS telah bersetuju untuk bersama-sama kita menganjurkan Pertandingan Nyanyian BINTANG IPT Peringkat Negeri Sabah, 2014 dengan kerjasama Persatuan Pekerja Wanita Kumpulan Yayasan Sabah (PPWKYS/ICSB). Pertandingan Nyanyian Bintang IPT peringkat negeri Sabah, 2014 bertujuan memenuhi hasrat murni seperti berikut:

1.1 Memperkenalkan belia IPT kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai alat penghubung bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia.

1.2 Menjadikan seni persembahan sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan belia.

1.3 Membantu belia IPT menghindari daripada penglibatan gejala sosial yang negatif dan melibatkan diri mereka di dalam program yang berfaedah dan mampu meningkatkan semangat mereka ke arah kemajuan.

1.4 Mengeratkan hubungan antara IPT dan lapisan masyarakat yang berbilang bangsa di Sabah sesuai dengan konsep 1Malaysia.

1.5 Menjadikan Bintang IPT sebagai satu platform untuk para belia terlibat secara langsung dalam menonjolkan hasil kreativiti melalui bakat masing-masing dalam bidang hiburan.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bintang IPT Sabah 2014 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bintang IPT Sabah 2014:

  • Want your business to be the top-listed Event/venue?

Share