Festival Turath Islami Malaysia

Festival Turath Islami Malaysia Daftar SECARA PERCUMA di www.tinyurl.com/FTIM2026

Bagi edisi tahun 2026, FTIM bertemakan “HIKMAH WARISAN ISLAM” akan mengangkat tokoh besar tasawuf Islam, iaitu Ibnu Athaʿillah As-Sakandari, bersama mahakaryanya Al-Hikam al-Ataʿiyyah.

September ini, seramai 23 ulama tersohor berhimpun di bumi Selangor, menyemarakkan kembali tradisi keilmuan Islam. Festi...
04/08/2026

September ini, seramai 23 ulama tersohor berhimpun di bumi Selangor, menyemarakkan kembali tradisi keilmuan Islam. Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 menjadi medan buat umat menimba ilmu, menghayati hikmah, dan menghidupkan warisan keilmuan para ulama.

Barisan ulama yang akan menyertai FTIS 2026 kali ini ialah:

- Al-Imam Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah, Bekas M***i Besar Mesir (Mesir)
- Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, Naib Rektor, Universiti al-Qarawiyyin (Maghribi)
- Ustaz Dr. Adi Hidayat, Pengasas Quantum Akhyar Institute (Indonesia)
- Y.A.D. Dato’ Seri Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, M***i Selangor
- Ustaz Wadi Annuar, Pengasas Akademi Darul Ilmi
- Baba Hj. Ghazali Ahmad Al-Fathoni
- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
- Baba Haji Abdul Qadir bin Wae Mustofa Al-Fatani
- Syeikh Dr. Shuhadak bin Mahmud Al-Ja’fari
- K.H. Abdul Ghafur bin Maimoen Zubair
- Prof. Madya Dr. Umar Muhammad Noor
- Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir Al-Azhari
- Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman Bakar
- Prof. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah
- Syeikh Wazir bin Haji Che Awang al-Makki
- Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed
- Tuan Guru Syeikh Haji Aminuddin bin Haji Abdul Rahim
- Tuan Guru Ustaz Ahmad Fuad bin Amran
- Tuan Guru Haji Mohd Fadzil bin Haji Ismail
- Ustaz Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan
- Ustaz Mohd Fauzan bin Abdullah
- Syeikh Ahmad Faiz bin Khalil
- Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador

Berlangsung 13 - 20 September 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, FTIS 2026 membawa tema Hikmah Warisan Islam, menyuluh ilmu turath untuk generasi hari ini.

Imbas kod QR di poster untuk daftar kehadiran atau boleh juga mendaftar melalui pautan ini: https://tinyurl.com/FTIS2026

Jom sertai FTIS 2026, jemput keluarga dan sahabat sama-sama hadir. Maklumat lanjut boleh layari: www.turathislamiselangor.com

DAFTAR SECARA PERCUMA


Jadilah sebahagian daripada barisan hebat yang menjayakan FTIS 2026 tahun ini. Makan minum dan sijil penghargaan disedia...
29/07/2026

Jadilah sebahagian daripada barisan hebat yang menjayakan FTIS 2026 tahun ini. Makan minum dan sijil penghargaan disediakan.

Semoga usaha kita semua diberkati Allah SWT. Sama-sama kita memartabatkan turath Islami di bumi Selangor.


29/07/2026

Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 merupakan majlis ilmu istimewa bersama ulama-ulama terkemuka dari serata dunia yang penuh keberkatan buat kita semua.

Berlangsung 13 hingga 20 September 2026, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, lapan hari pengisian rohani menanti anda dan keluarga.

Jemput keluarga dan sahabat, sama-sama tekuni warisan ilmu Islam.

Daftarkan kehadiran anda, keluarga dan sahabat melalui pautan ini: https://tinyurl.com/FTIS2026

Maklumat lanjut, layari www.turathislamiselangor.com

DAFTAR SECARA PERCUMA


Alhamdulillah, sidang media Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 hari ini selesai mengumumkan edisi keempat bakal...
28/07/2026

Alhamdulillah, sidang media Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 hari ini selesai mengumumkan edisi keempat bakal berlangsung 13-20 September bagi meneruskan usaha membina masyarakat berilmu berteraskan turath Islam.

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari berkongsi tema Hikmah Warisan Islam yang mengetengahkan kitab Al-Hikam al-Ata’iyyah karya Ibnu Atha-illah As-Sakandari iaitu satu himpunan mutiara hikmah keikhlasan dan tawakal.

FTIS 2026 turut mengumpulkan 22 tokoh ulama tempatan dan antarabangsa termasuk bekas M***i Besar Mesir Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah dalam lebih 42 sesi pengajian bersemuka di sekitar Shah Alam.

Antara acara menarik ialah Talaqqi Kitab Al-Hikam, Tausiyah Perdana, Festival Buku Islami yang digemari generasi muda serta Konsert Alunan Mahabbah.

FTIS 2026 menyasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung fizikal sepanjang lapan hari selain jutaan yang mengikuti siaran langsung dalam talian dari serata dunia.

Ayuh meriahkan jemaah FTIS 2026 dan rebut peluang menadah ilmu bersanad ini. Pendaftaran percuma boleh dibuat di: https://tinyurl.com/FTIS2026

Maklumat lanjut, layari www.turathislamiselangor.com

DAFTAR SECARA PERCUMA


Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 kini kembali! Jemput sahabat dan keluarga untuk menyelami Hikmah Warisan Isl...
28/07/2026

Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 kini kembali! Jemput sahabat dan keluarga untuk menyelami Hikmah Warisan Islam dan sama-sama mendalami Kitab Al-Hikam Al-Ata’iyyah yang akan disampaikan oleh tokoh-tokoh ulama muktabar dari dalam dan luar negara di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Program berlangsung 13 hingga 20 September 2026 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, ruang penuh keberkatan untuk kita mendekati ilmu turath.

Peluang keemasan duduk sebaris mendengar tazkirah dan perkongsian ulama-ulama besar seperti Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mesir), Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi), Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia), Ustaz Wadi Annuar (Malaysia) serta ramai lagi asatizah terkemuka dalam mengukuhkan kefahaman agama sambil merasai suasana ilmu yang menenangkan jiwa.

Rancang kehadiran anda dari sekarang dan jadikan FTIS 2026 destinasi ilmu pilihan keluarga. Mari daftar secara percuma di:

https://tinyurl.com/FTIS2026


Festival Turath Islami Selangor tahun ini mengangkat kitab Al-Hikam al-Ata’iyyah, karya Ibnu Atha’illah As-Sakandari dal...
07/07/2026

Festival Turath Islami Selangor tahun ini mengangkat kitab Al-Hikam al-Ata’iyyah, karya Ibnu Atha’illah As-Sakandari dalam siri daurah sepanjang satu minggu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Antara tokoh yang paling terampil untuk membahaskan kitab ini tentunya Al-Imam al-Allamah Dr. Ali Jum’ah, bekas M***i Agung Mesir dan Anggota Majlis Ulama Kanan Universiti Al-Azhar al-Syarif.

Kitab Al-Hikam adalah sebuah kitab ulung dalam bidang tasawuf, sebagai penawar rohani masyarakat hari ini dalam mendepani mehnah dan tribulasi dalam kehidupan. As-Sheikh Dr Ali Jum’ah akan mengupas kitab ini dalam sesi daurahnya bermula 15 September 2026.

Marilah merebut peluang keemasan untuk menadah ilmu dan membersihkan jiwa secara bertalaqqi daripada tokoh besar dunia Islam ini.

Untuk maklumat lanjut festival dan aturcara program, layari: https://turathislamiselangor.com

Buat kali keempat, Festival Turath Islami Selangor berkampung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Pad...
30/06/2026

Buat kali keempat, Festival Turath Islami Selangor berkampung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pada 13 hingga 20 September ini, lapangkan kalendar dan hadir sama untuk menghayati warisan keilmuan Islam, menuntut secara langsung dari ulama-ulama tersohor antarabangsa, selain menyelami sejarah dan kekayaan turath Islami. Bagaimanakah hikmah warisan Islam dapat menjadi panduan hidup dalam menghadapi cabaran moden?

Tandakan kalendar anda, dan ikut rapat pengumuman kami tentang program dan aktiviti, termasuk Festival Buku Islami, pameran, Konsert Alunan Mahabbah dan pelbagai lagi acara menarik untuk golongan pemula, penimba ilmu dan seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, layari https://turathislamiselangor.com

Hikmah Warisan Islam

Address

7-2, Jalan Damar SD 15/1
Petaling Jaya
52200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Turath Islami Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Festival Turath Islami Malaysia:

Shortcuts

Share

Category