Marshland Soccer Kids

Marshland Soccer Kids A grassroots football academy for the younger generation (ages 7–14). We build discipline, nurture talent, and inspire dreams.

Tahniah diucapkan kepada adik MUHAMMAD ZARIF NAUFAL kerana terpilih mewakili Pasukan Negeri Melaka U12 ke Kejohanan Bola...
28/08/2026

Tahniah diucapkan kepada adik MUHAMMAD ZARIF NAUFAL kerana terpilih mewakili Pasukan Negeri Melaka U12 ke Kejohanan Bola Sepak MSSM di Pulau Pinang, pada 28 Ogos hingga 4 September 2026. πŸ‘βš½οΈ

Semoga terus berjuang, berikan yang terbaik dan harumkan nama Melaka serta Marshland Soccer Kids. πŸ’ͺπŸ”₯

All the best, Zarif! πŸ†





πŸ† TAHNIAH WAKIL-WAKIL MARSHLAND SOCCER KIDS (MSK) DI KEJOHANAN MSSD JASIN! πŸ†Pihak pengurusan Marshland Soccer Kids (MSK)...
09/07/2026

πŸ† TAHNIAH WAKIL-WAKIL MARSHLAND SOCCER KIDS (MSK) DI KEJOHANAN MSSD JASIN! πŸ†

Pihak pengurusan Marshland Soccer Kids (MSK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelatih MSK yang telah mewakili sekolah masing-masing dalam Kejohanan MSSD Jasin.

πŸ₯‡ SK Merlimau 1 – Johan MSSD Jasin

* 🫑 Fikri – Kapten Pasukan
* 🧀 Khalish – Penjaga Gol
* ⚽ Muaz – Flanker Kanan & Pemain Terbaik Kejohanan
* πŸ›‘οΈ Harraz (U10) – Pertahanan Kanan

πŸ₯‰ SK Pulai – Tempat Ketiga MSSD Jasin

* 🫑 Zarif Naufal – Kapten Pasukan

πŸ‘ SK Jasin – Pusingan 16 Terbaik MSSD Jasin

* 🫑 Aidil Putera – Kapten Pasukan

Kepada semua pemain, tahniah atas komitmen, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Anda semua telah mengharumkan nama sekolah dan membawa nama Marshland Soccer Kids (MSK) dengan penuh kebanggaan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pihak sekolah serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan. MSK berbangga dengan anda semua! πŸ’™βš½πŸ†







πŸŽ‰ HUUUUURA!! πŸ†βš½MANTAP U12 MSK ZERO4!JOHAN PIALA DATUK RAZAK 2026! πŸ₯‡Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan ibu bapa a...
27/06/2026

πŸŽ‰ HUUUUURA!! πŸ†βš½
MANTAP U12 MSK ZERO4!
JOHAN PIALA DATUK RAZAK 2026! πŸ₯‡

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan ibu bapa atas usaha serta komitmen yang luar biasa. Kejayaan ini milik kita semua! πŸ’™πŸ’›

TAHNIAH U14! πŸ‘βš½Alhamdulillah berjaya meraih Tempat Ke-4. Keputusan ini bukan pengakhiran, tetapi satu pengalaman berharg...
27/06/2026

TAHNIAH U14! πŸ‘βš½

Alhamdulillah berjaya meraih Tempat Ke-4. Keputusan ini bukan pengakhiran, tetapi satu pengalaman berharga untuk terus memperbaiki diri.

Teruskan berusaha, kekalkan semangat dan bangkit lebih kuat! πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ† TAHNIAH MSK ZERO4 FC πŸ†

πŸ… 4th Place – Piala Datuk Razak 2026 πŸ…

Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta ibu bapa MSK ZERO4 FC atas pencapaian meraih Tempat Ke-4 dalam kejohanan Piala Datuk Razak.

Walaupun belum berjaya menamatkan kejohanan di kedudukan podium, semangat juang, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan.

Setiap pengalaman adalah pelajaran, dan setiap cabaran adalah peluang untuk menjadi lebih baik.
Jangan pernah berhenti mengejar impian kerana kejayaan besar bermula dengan langkah kecil yang konsisten.

πŸ’šπŸ’› ONE TEAM, ONE DREAM πŸ’šπŸ’›

MSK ZERO4 FC ⚽

πŸ†βš½πŸ”₯

βš½πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M Ikhlas daripada seluruh keluarga besar Marshland Soccer Kids, kami mengucap...
26/05/2026

βš½πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Ikhlas daripada seluruh keluarga besar Marshland Soccer Kids, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih dan penyokong yang sentiasa bersama kami.

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam membina impian anak-anak menjadi insan yang lebih baik di dalam dan luar padang.

✨ Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Maaf Zahir & Batin

One Team, One Dream πŸ’šβš½

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelatih Marshland Soccer Kids yang telah mewakili XER...
26/04/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelatih Marshland Soccer Kids yang telah mewakili XERO4 FC dalam kejohanan U12 Jempol Cup dan U14 Liga Suparimau.

Kalian telah mempamerkan semangat juang, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan. Kejayaan ini adalah hasil usaha keras dan kesungguhan semua pemain yang tidak pernah berputus asa di atas padang. πŸ’ͺ⚽

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan coaches serta pihak pengurusan XERO4 Academy yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan padu demi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik.

Tahniah atas pencapaian dan kemenangan!
Teruskan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. πŸ”₯πŸ†






⚽ PENGAMBILAN BARU ‼️MARSHLAND SOCCER KIDS ⚽Jom sertai keluarga Marshland! Kami membuka pengambilan pelatih baru untuk k...
24/04/2026

⚽ PENGAMBILAN BARU ‼️
MARSHLAND SOCCER KIDS ⚽

Jom sertai keluarga Marshland! Kami membuka pengambilan pelatih baru untuk kanak-kanak:

πŸ‘¦πŸ‘§ Umur: 6 – 10 tahun

πŸ’° Yuran:
β€’ Pendaftaran (sekali sahaja): RM50
β€’ Yuran bulanan: RM40

πŸ“… Latihan: 2 kali seminggu
β€’ Jumaat
β€’ Sabtu

πŸ“ Tempat: Padang SK Sempang Merlimau

πŸ‘¨β€πŸ« Coach berpengalaman
Bekas pemain kebangsaan – K. Linggam Krishnan

πŸ“ž Hubungi kami sekarang:
πŸ“² 012-6402252 (Admin)
πŸ“² 011-61389906 (Coach K. Linggam)




28 Febuary - Marshland Soccer Kids (MSK) mengucapkan tahniah kepada para pelatih MSK yang telah bermain mewakili XERO4 A...
06/03/2026

28 Febuary - Marshland Soccer Kids (MSK) mengucapkan tahniah kepada para pelatih MSK yang telah bermain mewakili XERO4 Academy dalam Kejohanan Ramadan Cup anjuran Fireball, serta berjaya membantu pasukan meraih naib johan dalam kejohanan tersebut.

Tidak dilupakan juga kepada pelatih MSK kategori U10 yang banyak membantu pasukan XERO4 Academy U10 sehingga berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Bagi pelatih XERO4 U8, tahniah atas usaha dan keberanian menyertai kejohanan ini. Tidak mengapa, teruskan berlatih dan cuba lagi pada kejohanan akan datang.

Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam arena bola sepak.

Tahniah juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada anak-anak. βš½πŸ‘




Throwback Part 2 πŸ“ΈMarshland Soccer Kids Night BBQ Dinner ⚽πŸ”₯πŸ“… 24/1/2026πŸ“ D’Pinang Homestay, UmbaiSegala persiapan telah d...
06/03/2026

Throwback Part 2 πŸ“Έ
Marshland Soccer Kids Night BBQ Dinner ⚽πŸ”₯
πŸ“… 24/1/2026
πŸ“ D’Pinang Homestay, Umbai

Segala persiapan telah dibuat dengan baik dan pelbagai aktiviti dijalankan untuk anak-anak serta keluarga. Malam yang penuh dengan gelak tawa, gurauan dan kegembiraan anak-anak yang bermain bersama tanpa henti. Inilah antara kenangan indah yang membina persahabatan, semangat berpasukan dan ikatan kekeluargaan dalam keluarga MSK.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga MSK yang bersama-sama menjayakan program ini. Sokongan dan kebersamaan inilah yang menjadikan setiap aktiviti lebih bermakna.

Tidak dilupakan juga kepada wakil daripada ZeroFour Jr – Coach Gamma dan Pulau Sebang Kids – Coach Afiz kerana sudi hadir memeriahkan majlis BBQ kami.

Kenangan malam ini pasti akan kekal dalam ingatan anak-anak. InsyaAllah kita jumpa lagi tahun hadapan dengan lebih banyak kenangan indah bersama keluarga MSK. 🀝⚽πŸ”₯



Address

Jb 2867/1, Jalan Debunga 1, Taman Debunga
Merlimau
77300

Telephone

+60172099027

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Marshland Soccer Kids posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category