Empire Of Serkam - E.O.S

Empire Of Serkam - E.O.S Page ini ditubuhkan untuk penyokong bola sepak Melaka United didalam Dun Serkam khususnya dan orang melaka Am nya.

21/12/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ekoran bencana banjir yang sedang melanda Malaysia, kami terpanggil untuk turut sama membantu semampunya.

Inisiatif pengump**an Lampin Pakai Buang untuk Bayi, Kanak-Kanak, Dewasa, serta Pad Wanita ini kami gerakkan dengan sasaran sekurang-kurangnya 10 ribu helai untuk diedarkan ke kawasan yang terkesan dengan bencana, Melaka dan Selangor khasnya.

Anda yang berkemampuan dan ingin membuat sumbangan, boleh disalurkan kepada kami, melalui pusat pengump**an yang telah ditetapkan seperti berikut:

Waze/Google Maps : Mits Burger, Melaka Baru
Cordinate: 2.237720,102.254511

Nombor untuk dihubungi:
Musalman - 012-2103614
Riezman - 012-6554397

hari yg ditunggu telah tiba..mana kamu anak melaka?? ayuh gamatkan stadium kita.kasi penuh ni malam..
26/11/2021

hari yg ditunggu telah tiba..mana kamu anak melaka?? ayuh gamatkan stadium kita.kasi penuh ni malam..

klo tak reti beli kat sane ade org tlg ajau..klo xnak pi sane .pm admin .nnti admin tlg ajau care nak beli..yang penting...
16/11/2021

klo tak reti beli kat sane ade org tlg ajau..klo xnak pi sane .pm admin .nnti admin tlg ajau care nak beli..yang penting stadium j***t penoh ni jumaat mlm

mari membeli..lame nau da kesunyian
21/10/2021

mari membeli..lame nau da kesunyian

KOMBO UTS 10 Tahun kini DIBUKA!

Hampir 3 tahun tanpa sebarang barangan rasmi, di sambutan Ulangtahun ke 10 ini, sukacita kami bawakan kepada anda, Kombo UTS 10 Tahun!

5 item dalam kombo termasuk Kemeja T, Mafla woven definisi tinggi, Stokin, Pelekat cermin kereta serta kad TnG dalam satu harga, RM150 sahaja

Tempahan ini dibuka dari 21 Oktober 2021 hingga 12 November 2021. Tempahan ini juga akan diuruskan 100% melalui urusan pos, dengan kos pengeposan telah diserap masuk dalam harga Kombo.

Tempahan ini diuruskan oleh 2 orang bertanggungjawab, yang boleh dihubungi seperti berikut:

Musalman - wa.me/60122103614

Hassan - wa.me/60197631861

Pembelian anda, merupakan peransang kepada agenda pergerakan ini.

28/02/2021

Memperkenalkan jersi Home yang bakal digunakan pasukan Melaka United FC bagi musim 2021.



AWAYDAY... AWAYDAY.. AWAYDAY..
11/03/2020

AWAYDAY... AWAYDAY.. AWAYDAY..



Selamat HUT KE -9~juang sampai mati~
10/01/2020

Selamat HUT KE -9

~juang sampai mati~

Bayi yang dulunya bertatih sepatutnya sedang berlari. Anak kecil yang dulunya mengeja, sekarang hampir khatam mengaji. 9 tahun, Ultras Taming Sari berdiri sendiri, tanpa kompromi, memastikan sokongan untuk Melaka tak berhenti.

Adapun pasang surut kehadiran komrad, terkait prestasi pasukan, yang menyaksikan hanya yang kental masih mampu kekal. Kita pernah mencapai angka ribuan, pernah hanya belasan. UTS kekal tanpa sub, kita semua hadir atas satu nama, Ultras Taming Sari, dari seluruh pelosok negeri, dengan niat jelas untuk Melaka. 11 Januari kini tiba lagi. Menyambut ulang tahun ke 9, mampukah anda kembali menyahut seruan k***a ROM di musim 2020?

Tangan yang pernah memeluk bahumu, sentiasa sedia kembali bertaut. Alunan drum tak pernah segan ragu menyambut. Kibaran panji merentangi ruang tribun ini siap menemani. 2020, kita kembali. Kecintaan dan kegilaan ini, Tak Pernah Terganti.

fuhhh...bukan kaleng² ni...
03/12/2019

fuhhh...bukan kaleng² ni...

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengucapkan selamat datang kepada pemain baharu Melaka United, Ahmad Syamim Yahya yang sah bakal menyarung jersi Skuad Hang Tuah bagi musim 2020.

Syamim, berusia 29 tahun kelahiran Raub, Pahang lebih sinonim beraksi di bahagian sayap kiri berpengalaman beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2012.

Beliau memulakan karier profesionalnya bersama pasukan Johor (kini JDT II) dalam saingan Liga Premier 2012 sebelum berhijrah ke Terengganu menyertai T-Team pada musim berikutnya.

Kemuncak karier beliau setakat ini adalah ketika bersama Felda United FC dari 2014 hingga 2016 apabila menjadi tonggak penting dalam memastikan kemaraan Skuad The Fighters ke saingan Liga Super 2015 selepas membantu pasukan itu muncul Naib Juara Liga Premier 2014.

Musim 2016 p**a menyaksikan Syamim turut membantu Felda United muncul Naib Juara Liga Super sebelum beliau menyertai Pahang pada musim 2017 dan kembali semula ke Felda United semusim selepas itu.

Musim lalu menyaksikan Syamim menyertai Terengganu FC sebelum bakal membuat penampilan sulung bersama Melaka United musim ini.

Selamat berjaya Syamim, semoga dengan pengalaman yang dimiliki dalam kancah Liga Malaysia diharap bakal membantu Skuad Hang Tuah dalam kempen Liga Malaysia 2020 daripada kami di MUSA.


bg yg ade kelapangan..nak usha2 leh la dtg ramai2
02/12/2019

bg yg ade kelapangan..nak usha2 leh la dtg ramai2

Jumaat ini (6 Disember 2019) bakal menyaksikan pemeteraian penjanjian penajaan antara Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dan pengeluar jenama sukan terkemuka tempatan, Al Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Pemeteraian penajaan antara kedua-dua pihak itu bakal menyaksikan pasukan Melaka United menggunakan jersi jenama Al Ikhsan sepanjang saingan Liga Malaysia 2020.

Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan itu yang akan diadakan bertempat di Galeri Al Ikhsan Mahkota Parade, Bandar Hilir Melaka bermula pukul 3.30 petang.

Turut akan berlangsung, upacara menandatangani kontrak pemain Melaka United bagi musim 2020.

Para penyokong Melaka United dijemput hadir bagi memeriahkan majlis di samping berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan pemain Skuad Hang Tuah.

Turut akan hadir YB Presiden MUSA, En Damian Yeo Shen Li.

Jumpa anda di sana.

welkam back..moge ade sinar juara
01/12/2019

welkam back..moge ade sinar juara

Seorang lagi bekas pemain Melaka United sah bakal kembali ke pangkuan Skuad Hang Tuah musim depan.

Selamat kembali diucapkan buat bekas pemain Pertahanan Melaka United, Khair Muhammad Jefri Jones yang bakal menyertai pasukan musim depan.

Nama Khair Jones tidak asing lagi dalam kalangan penyokong Skuad Hang Tuah sebagai antara tonggak utama yang pernah membantu Melaka United menjuarai Liga Premier 2016.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-New Zealand ini meninggalkan Melaka United pada penghujung musim 2018 dan menyertai Kuala Lumpur musim lalu.

Kep**angan Khair Jones ke Melaka bakal menyaksikan saingan bagi merebut posisi di bahagian Pertahanan pasukan musim depan.

Mampukah Khair merebut kembali tempatnya dalam kesebelasan utama pasukan musim depan? Sama-samalah kita nantikan.

Semoga berjaya Khair Jones.


Address

Serkam
Malacca City
77300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Empire Of Serkam - E.O.S posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category