08/05/2026
PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA YG MENDAFTAR MANUAL MELALUI WASAP/BORANG BERKUMPULAN UTK RWP6.0
Pendaftaran anda mengambil masa sedikit untuk diproses memandangkan pihak kami menerima pendaftaran secara manual dengan kuantiti yang sangat banyak mulai 3,4 & 5 Mei yg lepas, melebihi 2000 peserta yang mendaftar secara manual.
Pihak kami kini sedaya upaya untuk menyelesaikan proses pendaftaran tuan/puan dengan secepat mungkin.
Kelewatan memproses pendaftaran kini berlaku dan diharapkan anda semua dapat bersabar. Team pendaftaran kami akan wasap slip penyertaan apabila pendaftaran anda selesai diproses.
Untuk makluman, wasap yg telah dihantar akan dibaca mengikut giliran bagi memudahkan proses pendaftaran untuk mengelakkan keciciran mesej wasap peserta semasa proses pendaftaran dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini dan diharapkan supaya anda BERSABAR dan dapat memberi kerjasama tentang perkara ini.
Terima kasih
Admin ETR