Mandiri - Pusat Pembangunan Rakyat

Mandiri - Pusat Pembangunan Rakyat MANDIRI empowers youth through leadership, democratic participation, and progressive advocacy.

  : PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BUKAN KERAJAANMENGECAM SEKERAS-KERASNYA PEMBUNGKAMAN SUARAMASYARAKAT SIVILLebih 80 NGO, CSO, d...
14/09/2026

: PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN
MENGECAM SEKERAS-KERASNYA PEMBUNGKAMAN SUARA
MASYARAKAT SIVIL

Lebih 80 NGO, CSO, dan organisasi mahasiswa secara bersama mengecam tindakan keras dan drastik yang mengenakan sekatan perjalanan serta pembekuan akaun bank terhadap MANDIRI, HAYAT, Amir Hadi, dan Dobby Chew.

Tindakan tanpa sebarang panggil soalsiasat atau notis rasmi ini memperlihatkan corak represif yang semakin menjadi-jadi terhadap pengamal media, aktivis, dan NGO di Malaysia. Undang-undang seperti AMLA tidak sepatutnya disalah guna untuk membungkam kebebasan bersuara dan kritikan yang sah.

Kami mendesak Kerajaan untuk memberikan penjelasan telus atau menarik balik sekatan serta-merta!

14/09/2026

Anwar Ibrahim, kamu itu pembohong, we are not here to get involved dengan politik untuk kuasa!

14/09/2026

Sekatan ke luar negara, akaun organisasi & akaun peribadi dibekukan tanpa sebarang pemakluman rasmi.

Amir Hadi, Pengarah Eksekusif MANDIRI menuntut ketelusan dan penjelasan adil daripada pihak berkuasa.

14/09/2026

Pengarah Eksekutif MANDIRI & HAYAT serah diri kepada Polis Bukit Aman dengan mengemukakan surat tuntutan penjelasan rentetan isu sekatan perjalanan ke luar negara dan pembekuan akaun bank di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang dikenakan ke atas Amir Hadi, Dobby, MANDIRI & HAYAT tanpa pemberitahuan dan justifikasi.

13/09/2026

MANDIRI ancaman kepada negara, kami serah diri secara sukarela pada Isnin ini kepada Bukit Aman.

KAMI AKAN TURUN KE BUKIT AMAN SECARA SUKARELABerikutan pelbagai spekulasi, tuduhan, sekatan perjalanan dan pembekuan aka...
12/09/2026

KAMI AKAN TURUN KE BUKIT AMAN SECARA SUKARELA

Berikutan pelbagai spekulasi, tuduhan, sekatan perjalanan dan pembekuan akaun bank tanpa sebarang alasan rasmi, kami tidak akan berdiam diri.

Walaupun tiada sebarang panggilan siasatan atau pertuduhan dibuat sehingga kini, kami sendiri yang akan tampil untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa pada :

Masa : 11.00 Pagi
Tarikh : 14 Sep 2026 (Isnin)
Lokasi : Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Ayuh semua gerakan masyarakat sivil bagi mempertahankan hak dan integriti ruang sivil.

Siasatan perlu telus, bukan berasaskan fitnah!

11/09/2026

Najib Razak merompak hak rakyat sebanyak dua kali?

Berikut adalah ucapan daripada Hamdin Nordin, Penyelaras MANDIRI di Sidang Media Tergempar Kekalkan Najib Di Penjara.

MANDIRI MEDIA STATEMENT | 10 SEPTEMBER 2026 CONTINUOUS INTIMIDATION - TRAVEL BAN, AND NOW MANDIRI AND ITS DIRECTOR'S BAN...
11/09/2026

MANDIRI MEDIA STATEMENT | 10 SEPTEMBER 2026

CONTINUOUS INTIMIDATION - TRAVEL BAN, AND NOW MANDIRI AND ITS DIRECTOR'S BANK ACCOUNTS BLOCKED. WHERE IS THE REFORM?

MANDIRI condemns the ongoing intimidation that has not stopped against us to this day. Last week, as MANDIRI's Executive Director, I received news of a ban on my ability to travel abroad. This occurred shortly after MANDIRI’s Finance Director, Dobby Chew, faced issues returning from Jakarta, where Bukit Aman informed him of a travel ban before eventually allowing him entry into the country. We have never been contacted or given any reasons for this restriction.

Today, my personal bank account and Dobby’s have been blocked. The bank accounts of MANDIRI and Hayat, the NGO managed by Mr Dobby, have also been blocked. We have never once been contacted or informed by any authority regarding this block. Nor have we ever been called in for any investigation.

MANDIRI once again urges the authorities to provide an explanation regarding these restrictions and to immediately remedy them. If there is any need for it, MANDIRI is always ready to be investigated and will give full cooperation to the authorities.

Restrictions like these, without any notification or explanation, are clearly a form of continuous intimidation used to suppress those who are not aligned with the government. As a civil society organisation, MANDIRI is not involved in any political manoeuvring or, as previously alleged, working to bring down Prime Minister Anwar Ibrahim. The rise and fall of any political parties or politicians are determined by the people. If this trend continues, it would not be surprising if they are punished by the people.

MANDIRI once again asserts that we are an organisation working to empower youth and students, which firmly upholds five core progressive ideas: 1) Social Justice, 2) Human Rights, 3) Transparency in Government Administration, 4) Economic Justice, and 5) Environmental Sustainability. We carry out campaigns, forums, discussions, and activities in accordance with these principles. The demands of our campaigns are in parallel with the demands that were once fought for by the organisations and individuals who are now in the Government, back when they were in the opposition.

This intimidation will not silence us. It will not weaken us.

We will continue to fight!

Amir Hadi
Executive Director,
MANDIRI

KENYATAAN MEDIA MANDIRI 11 SEPTEMBER 2026TERIMA SURAT PENGESAHAN SIASATAN DI BAWAH AMLASaya telah menerima surat pengesa...
11/09/2026

KENYATAAN MEDIA MANDIRI 11 SEPTEMBER 2026

TERIMA SURAT PENGESAHAN SIASATAN DI BAWAH AMLA

Saya telah menerima surat pengesahan, bahawa sekatan keatas akaun bank peribadi saya adalah arahan dibawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 631).

Sehingga hari ini, saya masih belum dihubungi oleh pihak polis untuk sebarang siasatan. Saya ingin menegaskan bahawa tidak saya, atau MANDIRI, melakukan sebarang aktiviti jenayah dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil, ditangkap dan disiasat, malah didakwa sekiranya terdapat sebarang salah laku.

Saya juga sudah berhubung dengan pihak peguam untuk tindakan lanjut.

Semakin ditekan, semakin melawan!

Amir Hadi
Pengarah Eksekutif
MANDIRI

KENYATAAN MEDIA MANDIRI | 10 SEPTEMBER 2026INTIMIDASI BERTERUSAN : DISEKAT KELUAR NEGARA DAN KINI AKAUN BANK PENGARAH SE...
10/09/2026

KENYATAAN MEDIA MANDIRI | 10 SEPTEMBER 2026

INTIMIDASI BERTERUSAN : DISEKAT KELUAR NEGARA DAN KINI AKAUN BANK PENGARAH SERTA MANDIRI DISEKAT. INIKAH REFORMASI?

MANDIRI mengecam intimidasi berterusan yang tidak berhenti keatas kami sehingga hari ini. Minggu lalu, saya sendiri selaku Pengarah Eksekutif MANDIRI telah mendapat perkhabaran berkaitan sekatan untuk saya keluar negara. Ia berlaku sejurus selepas Pengarah Kewangan MANDIRI, Dobby Chew, berhadapan masalah ketika pulang dari Jakarta, di mana beliau dimaklumkan terdapat sekatan dari Bukit Aman, sebelum akhirnya dibenarkan masuk ke dalam negara. Kami tidak pernah dihubungi atau diberikan alasan atas sekatan ini.

Hari ini, akaun bank peribadi milik saya dan Dobby telah disekat. Akaun bank MANDIRI dan Hayat, NGO yang dikelola oleh Sdr Dobby juga turut sama disekat. Kami tidak pernah walau sekali dihubungi berkaitan sekatan ini. Kami juga tidak pernah sekali pun dipanggil untuk sebarang siasatan.

MANDIRI sekali lagi menggesa pihak berkuasa untuk memberikan penjelasan diatas sekatan ini, dan dengan segera menarik semula sekatan ini. MANDIRI sentiasa bersedia untuk disiasat sekiranya terdapat sebarang keperluan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan pihak berkuasa.

Sekatan begini, tanpa sebarang pemakluman atau penjelasan, adalah jelas satu bentuk intimidasi berterusan yang digunakan bagi menekan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Sebagai organisasi masyarakat sivil, MANDIRI tidak terlibat dengan sebarang percaturan politik, atau seperti tuduhan sebelum ini, kononnya bekerja untuk menjatuhkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Jatuh bangun parti politik dan orang politik ditentukan oleh rakyat. Sekiranya hal sebegini berterusan, tidak mengejutkan jika mereka dihukum oleh rakyat.

MANDIRI sekali lagi menegaskan bahwa kami adalah organisasi yang bekerja untuk memperkasa anak muda dan mahasiswa, dengan 5 teras idea progresif ;

1) Keadilan Sosial
2) Hak Asasi
3) Ketelusan Pentadbiran Kerajaan
4) Keadilan Ekonomi
5) Kelestarian Alam Sekitar.

Kami menjalankan kempen, forum, diskusi dan sebagainya, sesuai dengan prinsip-prinsip ini. Tuntutan dari kempen-kempen kami, adalah tuntutan-tuntutan sama yang diperjuangkan bersama dengan organisasi dan individu yang kini berada dalam Kerajaan, ketika mereka dibangku pembangkang.

Intimidasi ini tidak akan dapat mendiamkan kami. Ia tidak akan melemahkan kami.

Kami akan lawan!

Amir Hadi
Pengarah Eksekutif
MANDIRI

Address

Jalan Dang Wangi
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mandiri - Pusat Pembangunan Rakyat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share