Mommy Cat Homey

Mommy Cat Homey https://mommycathomey.com

FAITH • FAMILY • FELINES.

WALKING GENTLY THROUGH LIFE AFTER LOSING OUR BELOVED SON MUHAMMAD IZZ QAYYIM BIN ISMAIL,
TRUSTING ALLAH WITH ALL MY HEART.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾✨​Pada hari bersejarah ini, marilah kita hargai segala ni...
31/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾✨

​Pada hari bersejarah ini, marilah kita hargai segala nikmat yang dikecapi dan terus berusaha memajukan Malaysia. Mari kita pupuk semangat perpaduan dan kasih sayang demi melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmonis. Semoga negara kita terus aman, makmur, dan sentiasa diberkati.


28/08/2026

Bila menyibuk adalah kerja harian tanpa gaji.

🙄




27/08/2026

Mommy pun tak tahu la apa masalah dua beradik ni.

Bila nak sweet mengeratkan silaturrahim, mesti tak sampai 5 saat.

Saat ke-6 dah bercekau.

Entah berapa kali raya la nak cukupkan minta maaf ni.

🥴




26/08/2026

Aura queen.

Tak payah cakap banyak. Sekali sembur je, semua tunduk hormat.




25/08/2026

Selepas subuh, hujan turun agak lebat.

Hujan rahmat di permulaan pagi 12 Rabiul'awal.

Hari Maulid Nabi. Hari kebesaran Islam memperingati keputeraan Rasulullah saw. Hari lahirnya Nabi akhir zaman yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Walaupun hujan turun tidaklah begitu lama tetapi ia cukup untuk membangkitkan suasana yang dingin dan nyaman.

Anak-anak bebulus Mommy pun melayan perasaan depan pintu ‘cat lounge’ ni.

Ambil angin pagi. Dengar bunyi burung.

Tapi,

Jiwa jadi kacau tak keharuan la pulak bila nampak Mommy duduk sebelah sini.





𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠Bayangkan,Keadaan kita tanpa Rasulullah saw sebagai pesuruh Allah. Tentunya tiada pand...
24/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Bayangkan,

Keadaan kita tanpa Rasulullah saw sebagai pesuruh Allah. Tentunya tiada panduan arah dan asas hidup bertuhan.

Renungkan,

Keadaan kita yang dipilih sebagai 𝘂𝗺𝗮𝘁
Rasulullah saw dan hidup atas 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 yang Baginda perjuangkan beribu tahun lalu.

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ
"Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam.”
(𝑆𝑢𝑟𝑎ℎ 𝐴𝑎𝑙𝑖 ‘𝐼𝑚𝑟𝑎𝑛 3:19)

𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 adalah rahmat buat semesta alam.
وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(𝑆𝑢𝑟𝑎ℎ 𝐴𝑙-𝐴𝑛𝑏𝑖𝑦𝑎’ 21:107)

𝗔𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 adalah Al-Quran seperti mana yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah RA sewaktu ditanya oleh Qatadah bin Di’amah.

"فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ الْقُرْآنَ"

"Sesungguhnya akhlak Nabi Allah saw adalah Al-Quran”
(𝐻𝑎𝑑𝑖𝑡ℎ 𝑅𝑖𝑤𝑎𝑦𝑎𝑡 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚)

Sesungguhnya kita bertuah hidup sebagai umat Baginda dan mengucap kalimah tauhid.

Dan layaklah kita bergembira dan bersyukur dengan kelahiran Rasulullah saw. Kerana Baginda, kita ada agama.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 khususnya buat follower Mommy Cat Homey dan umat Islam secara amnya.

Sambutan ini bukan sekadar manifestasi rasa cinta dan rindu, malah satu momentum untuk kita mendalami perjuangan serta pengorbanan baginda.

Baginda ialah qudwah hasanah terbaik.

Yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan praktikal utama dalam meneladani setiap sudut kehidupan, dan kemasyarakatan.

جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Jazallahu 'anna sayyidana Muhammadan sallallahu 'alaihi wasallama bima huwa ahluh.

𝑀𝑎𝑘𝑠𝑢𝑑𝑛𝑦𝑎: "𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑔𝑎𝑛𝑗𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑢𝑙𝑢 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑁𝑎𝑏𝑖 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝑆𝐴𝑊 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑔𝑎𝑛𝑗𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑦𝑎𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝐵𝑎𝑔𝑖𝑛𝑑𝑎.”

Perbanyakkan selawat ini sebagai tanda kesyukuran atas nikmat iman dan Islam yang diperjuangkan oleh Baginda sehingga ke akhir hayat.

Mari hayati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW melalui selawat yang dilantunkan, serta menterjemahkan kasih itu dalam tindakan harian kita.

24/08/2026

Ni ke yang orang kata menurun dalam tidur? Seriau pulak Mommy tengok.



21/08/2026

Apa yang Mommy tak sediakan untuk anak-anak bebulus Mommy ni?

Bilik sorang satu.

Tempat makan minum pun masing-masing ada.

Jamban pun eksklusif sendiri punya. Mujur Mommy tak ukir nama je.

Tapi masuk bab melepak, mana yang lain ada, di situ juga la nak menyelit pun.

Rasa dah cukup luas bilik ni tapi atas tong putih jugak masing-masing berebut tempat.

🙄




20/08/2026

Bila kau bukan anak bongsu, tapi ditimang-timang macam kau takde adik lain. 😌





19/08/2026

Bila kau rasa hidup kau dah terlalu tenang dan bahagia, meh la cari pasal ngan kakak sendiri.




Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

0122205008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mommy Cat Homey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mommy Cat Homey:

Shortcuts

Share