31/01/2026
SENAMAN PAGI RANCAKKAN KARNIVAL KL MADANI 2026
Hari kedua program Karnival KL MADANI 2026 sempena Sambutan Hari Wilayah terus meriah apabila aktiviti senaman pagi berjaya menarik penyertaan ratusan warga Kuala Lumpur.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria. Bertemakan Bollywood, senaman pagi kali ini turut bertepatan dengan sambutan Thaipusam yang akan berlangsung pada keesokan harinya. Lagu-lagu rancak berunsurkan budaya India telah menghangatkan suasana dan menceriakan para peserta.
Menariknya, aktiviti senaman turut dimulakan dengan Senam Seni, disusuli rangkaian muzik dan gerakan senaman berteraskan kepelbagaian budaya Malaysia termasuk Melayu, Cina dan India, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan warga kota.
Aktiviti Esok (1 Februari) Lebih Menarik!
Pada hari terakhir karnival, aktiviti senaman pagi akan diteruskan pada jam 8.00 pagi dengan variasi senaman menggunakan Stick.
Sebagai penghargaan kepada masyarakat, DBKL berbesar hati untuk memberikan stick secara percuma kepada 200 peserta terawal.
✨ Jom kita sama-sama memeriahkan suasana pada hari terakhir Karnival KL MADANI 2026!