Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969

Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969, Sports Event, Suite 2. 3, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Jutaan Terima kasih kepada 202,664 pengundi. Keputusan akan diumumkan esok.
12/05/2026

Jutaan Terima kasih kepada 202,664 pengundi. Keputusan akan diumumkan esok.

SIARAN MEDIA 12 Mei 2026TROFI ATLET TERBAIK ANUGERAH SAM-100PLUS 2025 MILIK SIAPA?KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Lima juara dun...
12/05/2026

SIARAN MEDIA

12 Mei 2026

TROFI ATLET TERBAIK ANUGERAH SAM-100PLUS 2025 MILIK SIAPA?

KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Lima juara dunia, lima kisah kejayaan luar biasa dan hanya satu bakal dinobatkan sebagai Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025.

Menjelang majlis anugerah berprestij yang dijadualkan pada 13 Mei ini di ibu negara, tumpuan pastinya terarah kepada siapa paling layak membawa p**ang trofi pengiktirafan berdasarkan pencapaian sepanjang tahun lepas.

Ratu wushu Tan Cheong Min dan beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merupakan antara dua juara dunia yang disebut-sebut bakal p**ang dengan gelaran Atlet Terbaik pada majlis anugerah yang akan berlangsung 13 Mei ini di ibu negara.

Cheong Min muncul antara calon paling menonjol selepas mempamerkan aksi cemerlang tahun lepas, dengan tiga pingat emas di kejohanan peringkat dunia.

Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 itu melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul pingat emas dalam sukan itu pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China, bagi acara Nanquan+Nandao tahun lepas.

Kecemerlangan atlet berusia 27 tahun itu diteruskan apabila turut membawa p**ang dua emas pada Kejohanan Wushu Dunia 2025 yang berlangsung di Brasilia, Brazil.

Cheong Min dicabar hebat gandingan Tang Jie-Ee Wei yang telah memberikan hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-68 apabila menjuarai Kejohanan Dunia di Paris tahun lepas.

Tang Jie-Ee Wei muncul juara selepas menewaskan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14 dalam masa 39 minit, pada final di Adidas Arena.

Turut mengintai gelaran Atlet Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2025 ialah Emma Firyana Saroji (boling padang), Muhd Rafiq Ismail (tenpin boling), serta Mohd Abdul Latif Maxzakir (silat).

Anugerah Atlet Para Terbaik p**a menyaksikan jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin, terus menjadi tumpuan dalam misi mempertahankan gelaran selepas merangkul kejuaraan dunia buat kali keempat berturut-turut.

Beliau dicabar hebat oleh Cheah Liek Hou (badminton para) dan Abdul Latif Romly (olahraga para), selain cabaran daripada perenang para, Abdul Halim Mohammad serta Carmen Lim.
Selain pengiktirafan kepada atlet negara, turut mencuri tumpuan ialah Pengulas Sukan Pop**ar Anugerah SAM-100PLUS 2025 yang memasuki edisi ketiga.

Anugerah Pengulas Sukan Pop**ar diperkenalkan pada 2023 sebagai menghargai sebahagian besar ahlinya yang terdiri daripada pengulas sukan tanah air.

Kategori ini adalah berdasarkan undian yang telah dibuka dari 7 hingga 12 Mei ini.

Pengacara sukan TV Sarawak (TVS) Luqman Hakim Muhammad dan pengulas Astro Arena muncul antara calon utama bagi kategori berkenaan.

Luqman Hakim dilihat mewakili generasi baharu penyiaran sukan tempatan dengan pendekatan bertenaga dan versatil menerusi peranannya sebagai pengacara program Sukan TVS, selain aktif mengendalikan acara berskala besar seperti Sarawak Regatta dan TWINS Championship.

Beliau turut memainkan pelbagai peranan dalam dunia penyiaran termasuk sebagai pengulas sukan Sarawak dan pembaca berita bagi program UTAMA 7.40PM.

Izwan p**a dikenali sebagai antara suara berpengalaman dalam arena ulasan sukan tanah air menerusi platform Astro Arena, khususnya dalam memberikan analisis dan komentar untuk acara sukan utama tempatan serta antarabangsa.

Pengalaman luas Izwan dalam dunia penyiaran sukan dilihat menjadi kelebihan utama, namun pop**ariti dan peningkatan mendadak Luqman Hakim menjadikan persaingan kategori itu antara yang paling menarik untuk diperhatikan pada edisi kali ini.
Pada edisi 2024, anugerah Pengulas Sukan Pop**ar SAM-100PLUS dimenangi Aiman Sekaichii.

Anugerah SAM-100PLUS 2025 akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Dr Mohammed Taufiq Johari.

Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025 turut menjadi platform penghargaan kepada pengamal media sukan yang tidak pernah jemu menyampaikan laporan dan informasi demi memartabatkan arena sukan negara, selain berpeluang merebut pelbagai anugerah yang dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai melebihi RM65,000.

Anugerah bagi pengamal media dibahagikan kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

SIARAN MEDIA 10 Mei 2026ANUGERAH SAM-100PLUS 2025 – IRFAN DAN YUSOF HAFIZI TERIMA ANUGERAH KHAS Kuala Lumpur, 10 Mei – P...
10/05/2026

SIARAN MEDIA

10 Mei 2026

ANUGERAH SAM-100PLUS 2025 – IRFAN DAN YUSOF HAFIZI TERIMA ANUGERAH KHAS

Kuala Lumpur, 10 Mei – Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sentiasa mengiktiraf pencapaian luar biasa yang telah dilakar oleh atlet hingga melonjak nama Malaysia di persada antarabangsa, serta penglibatan agensi swasta dalam memajukan sukan negara.

Pada edisi kali ini, Anugerah Khas sempena Anugerah SAM-100PLUS 2025 diberikan kepada atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet berbasikal trek para Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin.

Muhammad Irfan, 30 tahun, berada dalam kelas tersendiri sekali gus membuktikan kredibiliti sebagai jaguh Asia Tenggara selepas merangkul pingat emas sambil mencipta rekod baharu temasya pada Sukan SEA Thailand 2025

Ia merupakan emas peribadi ketujuh berturut-turut Muhammad Irfan sejak beliau mula mendominasi acara itu pada edisi 2013 di Myanmar.

Badang negara sebelum ini pernah suatu ketika dahulu menyertai beberapa jenis sukan termasuk ragbi dan bola baling, sebelum beralih memberi tumpuan penuh kepada lempar cakera pada usia 17 tahun.

Muhammad Irfan pernah dinobatkan olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-17 selepas berjaya memecah rekod kebangsaan acara lempar cakera dengan jarak lontaran sejauh 54.26 meter, sekali gus memperbaharu catatan 53.16m yang dilakukannya pada Sukan SEA Myanmar 2013.

Sejak itu, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu terus mendominasi temasya berprestij Asia Tenggara, sebelum berjaya memadam rekod berusia 26 tahun milik Wong Tuck Yim dari Singapura dengan melakukan 60.23 meter mengatasi rekod 59.60 meter yang dilakukan pada edisi 1999 di Brunei.

Bermula dengan kayuhan santai bersama bapa mengelilingi kampung di Kuala Kangsar, Perak ketika berusia 16 tahun, membawa Mohamad Yusof ke pentas lebih tinggi untuk bergelar juara dunia 2025.

Mohamad Yusof, 28, menjadi atlet para Malaysia pertama menyarung Jersi Pelangi selepas meraih pingat emas acara MC1 200 Meter Flying Sprint di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil.

Mengimbas pencapaian terdahulu, Mohamad Yusof yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga itu pernah meraih pingat gangsa Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2020 dalam acara 15km scratch lelaki C1, selain turut menyumbang masing-masing satu emas, perak dan gangsa pada Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur.

Mohamad Yusof meneruskan kecemerlangan apabila merangkul pingat perak Sukan Para Asia di Jakarta pada 2018 dalam acara pecut berpasukan C1-5 lelaki serta pencapaian tempat kelima di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dalam acara ujian masa individu lelaki C1 (lebuh raya).

Naib Presiden SAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengajur Anugerah SAM-100PLUS 2025 Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata kejayaan yang dicapai Muhammad Irfan dan Mohamad Yusof tidak hadir dengan mudah.

“Pencapaian mereka tidak hadir dalam sekelip mata dan pastinya memerlukan pengorbanan yang lebih daripada sekadar berlatih di gelanggang masing-masing.

“SAM berharap dengan pengiktirafan ini, dapat menyemarakkan lagi semangat bukan sahaja Muhammad Irfan dan Mohamad Yusof, tetapi juga permata baharu dalam arena sukan tanah air. Kejayaan memerlukan pengorbanan dan kesabaran untuk merealisasikannya,” katanya.

Anugerah SAM-100PLUS 2025 dijadualkan pada 13 Mei 2026 di ibu negara dan akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan YB Dr Mohammed Taufiq Johari.

Pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025, turut disediakan ialah Anugerah Atlet Terbaik, Anugerah Atlet Para Terbaik, Anugerah Persatuan Sukan Dinamik dan Anugerah Khas.

Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2025, turut dirai pada majlis adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM65,000.

Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka), Fotografi Sukan Terbaik serta Anugerah Pengulas Sukan Pop**ar.

SIARAN MEDIA9 Mei 2026TUNKU MAHKOTA ISMAIL TOKOH KEPIMPINAN SUKAN ANUGERAH SAM-100PLUS 2025KUALA LUMPUR, 9 Mei -- Kepimp...
09/05/2026

SIARAN MEDIA

9 Mei 2026

TUNKU MAHKOTA ISMAIL TOKOH KEPIMPINAN SUKAN ANUGERAH SAM-100PLUS 2025

KUALA LUMPUR, 9 Mei -- Kepimpinan progresif serta visi luar biasa Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam memacu pembangunan sukan di negeri itu membolehkan baginda dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025.

Pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan baginda mentransformasikan landskap sukan Johor menerusi pendekatan moden, profesional dan bertaraf antarabangsa sehingga negeri itu muncul antara kuasa sukan paling berpengaruh di negara ini.

Di bawah kepimpinan baginda, Johor Darul Ta'zim (JDT) berkembang menjadi jenama sukan paling berjaya dan berpengaruh di Malaysia dengan dominasi berterusan dalam saingan domestik selain mencipta sejarah di pentas Asia.

Kejayaan menjuarai Piala AFC 2015 menyaksikan JDT muncul kelab bola sepak Malaysia pertama menjulang trofi berprestij Asia itu, sekali gus mengangkat nama Johor dan negara di peringkat antarabangsa.

Selain pencapaian di atas padang, Tunku Mahkota Ismail turut berjaya membina penjenamaan JDT sebagai sebuah organisasi sukan moden dan bertaraf dunia menerusi pengurusan profesional, pemasaran strategik, pembangunan infrastruktur moden serta penggunaan teknologi dan sains sukan.

Penubuhan akademi bola sepak moden dan pembangunan kemudahan bertaraf antarabangsa di Johor turut menjadi asas penting dalam melahirkan bakat muda secara sistematik dan kompetitif, selaras dengan hasrat baginda yang mahu melihat Johor menjadi negeri contoh dalam melaksanakan agenda Negara Sukan menjelang 2030.

Usaha baginda merangkumi pembinaan infrastruktur bertaraf dunia seperti Stadium Sultan Ibrahim serta pengilhaman pusat belia (TMIYC) dan Khabib Gym, yang sekali gus membina landasan mengangkat Johor sebagai hab sukan kebangsaan.

Ini dapat dilihat apabila tumpuan baginda melangkaui sukan bola sepak apabila turut memberi perhatian terhadap pembangunan sukan lain di Johor termasuk ragbi, badminton dan sukan permotoran.

Ia terbukti dengan pelantikan barisan bintang sukan tanah air dan dunia sebagai ikon sukan Johor yang terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei selaku duta sukan badminton, bekas bintang ragbi New Zealand Sonny Bill Williams dan bekas juara UFC Khabib Nurmagomedov.

Menerusi pendekatan baginda, Johor Tigers terus berkembang sebagai antara pasukan ragbi paling kompetitif di negara ini dengan sistem pengurusan lebih profesional serta pembangunan bakat akar umbi yang tersusun.

Dalam arena permotoran p**a, penubuhan JDT Racing Team dengan penyertaan pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah, mencerminkan kesungguhan baginda memperluas jenama Johor dalam sukan berprestij selain membuka peluang kepada pembangunan bakat tempatan dalam bidang tersebut.

Naib Presiden SAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah SAM-100PLUS 2025 Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata pendekatan holistik dan berpandangan jauh Tunku Mahkota Ismail dalam pembangunan sukan bukan sahaja berjaya meningkatkan standard pengurusan sukan di Johor, malah menjadikan negeri itu sebagai contoh terbaik ekosistem sukan moden di Malaysia.

"Penganugerahan Tokoh Kepimpinan Sukan ini adalah penghargaan terhadap dedikasi, kepimpinan dan impak besar baginda dalam memperkasakan pembangunan sukan Johor serta mengangkat imej negeri berkenaan di persada antarabangsa," katanya.

Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025 diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 13 Mei 2026 dan akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025, pengiktirafan diberikan menerusi Anugerah Atlet Muda Terbaik, Persatuan Sukan Dinamik, Anugerah Atlet Terbaik, Anugerah Atlet Para Terbaik, Anugerah Persatuan Sukan Dinamik dan Anugerah Khas.

Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2025, turut dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025 ialah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM65,000.

Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka), Fotografi Sukan Terbaik serta Anugerah Pengulas Sukan Pop**ar.

JOM UNDI!Undian Pengulas Sukan Pop**ar Anugerah SAM-100PLUS 2025 sudah dibuka!!! Siapa yang paling layak menang tahun ni...
07/05/2026

JOM UNDI!

Undian Pengulas Sukan Pop**ar Anugerah SAM-100PLUS 2025 sudah dibuka!!!

Siapa yang paling layak menang tahun ni?

Jangan tunggu lagi, berikan sokongan padu anda sekarang!!!

Scan QR code untuk mengundi atau klik link di bawah

https://forms.gle/wSER5is4LD2Wr5YQ6

Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 – Kerajaan mengumumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Telekom Malaysia melalui Unif...
06/05/2026

Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 – Kerajaan mengumumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Telekom Malaysia melalui Unifi TV dilantik sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 di Malaysia.

Kejohanan ini akan disiarkan secara meluas melalui pelbagai platform termasuk siaran percuma (myTV), aplikasi RTM Klik serta Unifi TV. Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di unifi TV, manakala RTM menyiarkan perlawanan terpilih secara langsung atau tertunda.

RTM turut menyediakan program khas “Rantstar” serta liputan semasa menerusi “Selamat Piala Malaysia”. Acara tontonan umum juga akan dianjurkan di lokasi terpilih bagi meningkatkan penglibatan peminat.

Kerajaan menegaskan kepentingan pematuhan terhadap peraturan anti-ceroboh siaran dan akan memperkukuh penguatkuasaan. Penaja rasmi p**a akan diumumkan dalam masa terdekat.

Inisiatif ini diharap dapat menyatukan rakyat Malaysia melalui semangat kesukanan, dengan orang ramai digalakkan memuat turun RTM Klik untuk akses digital.

KHM, SAWDA RAIH ANUGERAH SAM-100PLUS 2025KUALA LUMPUR, 6 Mei – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan atlet berbasikal muda...
06/05/2026

KHM, SAWDA RAIH ANUGERAH SAM-100PLUS 2025

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan atlet berbasikal muda negara Sawda Hasbullah, masing-masing mencuri tumpuan apabila mendapat pengiktirafan pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) -100PLUS 2025, atas pencapaian cemerlang dalam arena sukan tanah air.

KHM terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara badan sukan paling dinamik di negara ini hasil pencapaian konsisten di pentas antarabangsa serta pembangunan ekosistem hoki tempatan yang menyeluruh.

Selain berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menerusi prestasi skuad lelaki senior, badan induk itu turut menyediakan laluan pembangunan lengkap merangkumi peringkat akar umbi hingga skuad kebangsaan.

Kejayaan tersebut didorong oleh pengurusan strategik di bawah kepimpinan presidennya Dato’ Sri Subahan Kamal, yang memainkan peranan penting dalam memastikan hoki negara kekal kompetitif di peringkat global.

Komitmen tinggi beliau, termasuk penggunaan dana peribadi mencecah jutaan ringgit, telah membawa KHM ke tahap baharu dalam usaha memperkukuh program pembangunan hoki tempatan serta prestasi skuad kebangsaan.

Sepanjang 2025, skuad lelaki negara Speedy Tigers, mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga saingan Piala Asia, selain terus menguasai Asia Tenggara dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Thailand.

Kecemerlangan turut dipamerkan skuad hoki lima sebelah yang meraih pingat emas di temasya sama, manakala skuad lelaki bawah 18 tahun membawa p**ang pingat gangsa Piala Asia bawah 18 tahun di China.

Seiring dengan pencapaian itu, KHM selayaknya dinobatkan penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik SAM-100PLUS 2025.
Sementara itu, dalam kategori individu Sawda Hasbullah muncul penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik SAM-100PLUS 2025 selepas mempamerkan prestasi luar biasa di pentas antarabangsa.

Kilauan emas yang diraih anak jati Melaka itu di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) pada Februari tahun lepas, mengukuhkan statusnya sebagai permata baharu sukan berbasikal negara.

Beliau mencipta sensasi apabila meraih pingat emas dalam acara 1 kilometer ujian masa wanita remaja, di samping memecahkan rekod remaja Asia yang turut diiktiraf sebagai rekod dunia, meskipun ketika itu sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan tersebut disusuli dengan emas kedua apabila menewaskan wakil Korea Selatan Park Hye Rin, 2-0 dalam acara final pecut wanita di Velodrom Nasional, Nilai.

Pengiktirafan yang diterima itu sekali gus mengukuhkan reputasi Sawda sebagai antara bakat muda paling menyerlah dalam sukan berbasikal negara.

Naib Presiden SAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah SAM-100PLUS 2025, Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata faktor kredibiliti kepimpinan, kejayaan diraih dan kegigihan dalam meningkatkan mutu sukan hoki membolehkan KHM dipilih penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik, manakala kejayaan luar biasa Sawda menyumbang pingat emas ACC serta pemegang rekod dunia acara 1 kilometer ujian masa wanita remaja, menjadi faktor pemilihannya sebagai Atlet Muda Terbaik kali ini.

"Untuk tahun ini kita merasakan sememangnya KHM layak untuk menerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik berdasarkan pencapaian serta pengurusan persatuan dan atlet yang baik.

"Dalam usia yang masih muda, Sawda mempunyai masa yang panjang untuk terus menyerlah sekali gus mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam sukan berbasikal wanita.” katanya.

Pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025, selain Anugerah Atlet Muda Terbaik dan Persatuan Sukan Dinamik, turut disediakan adalah Anugerah Atlet Terbaik, Anugerah Atlet Para Terbaik, Anugerah Persatuan Sukan Dinamik dan Anugerah Khas.

Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2025, turut dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025 ialah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM65,000.

Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka), Fotografi Sukan Terbaik serta Anugerah Pengulas Sukan Pop**ar.

Gambar semasa Majlis Sidang Media Anugerah SAM-100PLUS 2025
06/05/2026

Gambar semasa Majlis Sidang Media Anugerah SAM-100PLUS 2025

Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) 2025 telah berlangsung dengan jayanya semalam dalam suasana penuh gemilang bagi ...
17/04/2026

Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) 2025 telah berlangsung dengan jayanya semalam dalam suasana penuh gemilang bagi menghargai kecemerlangan atlet dan tokoh sukan universiti. Majlis ini menjadi platform pengiktirafan kepada individu yang telah mengharumkan nama Universiti Malaya serta negara di peringkat tertinggi.

Bagi kategori utama, Anugerah Olahragawan Pelajar telah disandang oleh Jonah Chang Anak Rigan atas pencapaian cemerlang beliau meraih pingat emas serta memecahkan rekod pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 dalam acara lontar peluru. Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan dedikasi tinggi beliau dalam arena olahraga.

Manakala Anugerah Olahragawati Pelajar p**a dianugerahkan kepada Grace Wong Xiu Mei yang turut mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih pingat emas serta memecahkan rekod dalam acara tukul besi di Sukan SEA Thailand 2025. Prestasi luar biasa beliau menyerlahkan komitmen dan kecemerlangan atlet wanita universiti di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Anugerah Tokoh Sukan telah diberikan kepada Dr. Mohamad Faithal Hj Hassan sebagai penghargaan atas sumbangan besar beliau dalam pembangunan sukan universiti dan negara. Beliau merupakan mantan Timbalan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya, bekas pensyarah kanan serta penganalisis sukan yang disegani.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden SAM, Hazreen Mubarak, yang menerima Anugerah Lencana Penghargaan (Rakan Strategik) sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama dan sokongan berterusan dalam memartabatkan pembangunan sukan.

Secara keseluruhannya, ASUM 2025 bukan sahaja meraikan kejayaan atlet dan tokoh sukan, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama universiti dan negara di persada antarabangsa.

Presiden, Norismadi Abd Manap bersama Timbalan Presiden, Izahar Atan telah menghadiri Kongres AIPS yang ke 88 di Lausann...
13/04/2026

Presiden, Norismadi Abd Manap bersama Timbalan Presiden, Izahar Atan telah menghadiri Kongres AIPS yang ke 88 di Lausanne, Switzerland pada 10 – 14 April 2026. Kehadiran mereka mewakili Malaysia dalam perhimpunan penting yang menghimpunkan pengamal media sukan dari seluruh dunia.

Kongres ini menjadi platform utama untuk membincangkan perkembangan terkini dalam dunia kewartawanan sukan, termasuk cabaran era digital, etika pelaporan serta peluang kerjasama antarabangsa. Sepanjang program berlangsung, delegasi Malaysia turut berpeluang berinteraksi, bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan profesional dengan wakil dari pelbagai negara.

Selain menghadiri sesi perbincangan dan forum, Ismadi dan Izahar juga terlibat dalam aktiviti rasmi bersama delegasi antarabangsa, Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan peranan media sukan Malaysia di peringkat global.

Secara keseluruhannya, kehadiran delegasi Malaysia ke Kongres AIPS ini dilihat berjaya membuka ruang kerjasama baharu serta meningkatkan imej negara dalam arena kewartawanan sukan antarabangsa.

Kredit Gambar : AIPS

Gianni Merlo mempertahankan kedudukannya sebagai presiden AIPS setelah menewaskan Dr. Chisztu Zsuzsa dari Hungary dalam ...
12/04/2026

Gianni Merlo mempertahankan kedudukannya sebagai presiden AIPS setelah menewaskan Dr. Chisztu Zsuzsa dari Hungary dalam pertarungan satu lawan satu, susulan penarikan diri saat akhir Presiden AIPS Asia, Hee Don Jung. Pada pemilihan yang berlangsung di Muzium Olimpik, Lausanne itu Merlo memperoleh 75 undi berbanding 25 yg diperolehi Zsuzsa. Ini merupakan penggal ke 4 bagi Merlo menduduki kerusi tertinggi gabungan penulis-penulis sukan dunia itu. Ini juga penggal terakhir bagi beliau selepas Kongres AIPS meluluskan pindaan perlembagaan yang menghadkan umur 75 tahun bagi pemegang jawatan dalam AIPS.

Address

Suite 2. 3, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat
Kuala Lumpur
50150

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00

Telephone

03 2020 1780

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969:

Share

Category