Ade Azhar Eksklusif

Ade Azhar Eksklusif Produk dan Servis eksklusif untuk anda.
>Berjuta Rahsia Quran (BRQ) 2021
>Alquran Terjemahan Eksklus

Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan. Semoga Dimakbulkan Allah SWT.Bahagian 1 – Pengampunan Dosa.1. Minta ampun ke at...
31/03/2024

Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan. Semoga Dimakbulkan Allah SWT.

Bahagian 1 – Pengampunan Dosa.

1. Minta ampun ke atas dosa diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru-guru/para ustaz dan ustazah yang telah mendidik dan mengajar kita
7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia).

Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan.

1. Dikurniakan rezeki yang berlipat ganda, halal lagi baik
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yang dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita.

Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian.

1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah
5. Mati pada keadaan yang baik, pada waktu yang baik, pada tempat yang baik dan dengan ucapan yang baik.

Bahagian 4 – Alam Barzakh.

1. Jadikan kubur kita nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kubur kita dari lubang api neraka
3. Ya Allah, kami takut gelap (terangkanlah kubur kami)
4. Ya Allah, kami takut sempit (luaskanlah kubur kami)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kubur kami sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada kami di dalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat kedudukan kami di dalam syurga.

Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar.

1. Ya Allah, selamatkanlah kami di padang mahsyar
2. Jadikan kami orang yang duduk dibawah perlindungan arash-Mu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa kami di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosa kami di dalam kitab amal berikanlah kitab dari tangan kanan di hadapan
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosa kami yang dulu kami lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aib kami, dosa-dosa kami dan kesilapan kami dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kanan kamj
9. Masukkan kami di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.

Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat.

1. Permudahkanlah kami melintasi titian sirat
2. Jangan jatuhkan kami ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah kami ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah kami melintas titian sirat sepantas kilat.

Bahagian 7 – Masuk Syurga.

1. Ya Allah, kurniakan kami syurga firdaus
2. Bangkitkan kami bersama nabi Muhammad ﷺ di syurga firdaus
3. berilah kami dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, para wali Allah, para syuhada' dan orang-orang soleh
4. Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Ameen Ya Rabbal 'alamin.❤

Credit sahabat mulia Miqdad Ashaari

Alhamdulillah, 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐞 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫 telah berjaya mengutip dana sebanyak 𝐑𝐌𝟏𝟐,𝟎𝟎𝟎 untuk disumbangkan kepada 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚...
17/11/2023

Alhamdulillah, 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐞 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫 telah berjaya mengutip dana sebanyak 𝐑𝐌𝟏𝟐,𝟎𝟎𝟎 untuk disumbangkan kepada 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧 pada 17 November 2023 dengan kerjasama bersama 𝐇𝐚𝐯𝐨𝐜 & 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐆𝐚𝐳𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

Semoga Allah SWT mendengar doa kita dan memberikan perlindungan serta kekuatan kepada saudara-saudara kita di Gaza dan seluruh Palestin.

Semoga tabung kecemasan ini boleh memberi sokongan yang mencukupi untuk membantu mereka yang memerlukan, dan semoga perdamaian dan keadilan akan datang kepada Palestin.

Alhamdulillah, pelanggan kami telah menerima buku Sirah Teragung Muhammad hasil tempahannya. Buku sampai dalam keadaan y...
15/11/2023

Alhamdulillah, pelanggan kami telah menerima buku Sirah Teragung Muhammad hasil tempahannya. Buku sampai dalam keadaan yang baik dan paling best, setiap pembelian akan mendapat ‘free gift’ dari kami.

Alhamdulillah, sambutan buku yang sangat baik dari orang ramai, kesedaran untuk mengenali dan mencintai kekasih Allah, Rasulullah saw. Tak kenal maka tak cinta, jom sama-sama kita pupuk diri kita untuk menebalkan lagi rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah saw.

Berminat untuk dapatkan buku ini? Tekan link dibio.

BismillahirahmanirahimAssalamuailakum.Syukur Alhamdulillah, sepanjang 16 dan 17 Oktober 2023 Yayasan Ade Azhar telah ber...
18/10/2023

Bismillahirahmanirahim
Assalamuailakum.

Syukur Alhamdulillah, sepanjang 16 dan 17 Oktober 2023 Yayasan Ade Azhar telah berjaya membuat penghantaran wakaf Alquran ke pusat pengajian di Terengganu.

Antara lokasi yang telah menerima sumbangan ini ialah Akademi Tahfiz Al Hamidi sebanyak 50 naskah Al - Quran Premium 35 dalam 1, 50 naskah di Madrasah Jamiah Raudhah Al Ilm, 120 naskah di Tahfiz Pusat Tarbiyyah Raudhatul Hijrah, dan 50 naskah di Madrasah Tahfiz Al Faaiz.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T memberikan kelancaran dalam majlis ini dan berjaya disempurnakan sebaik - baiknya. Didoakan kepada para penginfak semoga diatas setiap pembelian Al Quran yang disumbangkan ini menjadi benih benih kebaikkan di akhirat kelak.

Selanjutnya bagi mana – mana institusi, organisasi mahupun individu yang ingin memohon bagi serahan Al – Quran boleh isikan borang ini untuk tindakan kami selanjutnya. Dibawah ini merupakan link bagi permohonan:-

https://forms.gle/Noa5sEXe3j54cMuCA

Bagi yang berhajat untuk sertai program Beli dan Hibah Alquran, boleh tekan link dibawah

www.wasap.my/601123137882/HibahAlquran

Allah Yuftah Alaikum
Allahuma Aamiin


Temui kami di Expo Usahawan Selangor Selbiz 2023 di SCCC, Setia Alam pada 6,7,8 Oktober 2023. Jangan lupa, wajib singgah...
04/10/2023

Temui kami di Expo Usahawan Selangor Selbiz 2023 di SCCC, Setia Alam pada 6,7,8 Oktober 2023.

Jangan lupa, wajib singgah booth 130 untuk sertai cabutan bertuah istimewa dan berpeluang memenangi sebuah kereta Bezza 🤩

Salam Maulidur Rasul Apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul?Maksud Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Nabi Muha...
28/09/2023

Salam Maulidur Rasul

Apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul?
Maksud Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SAW dalam Islam.

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilaksanakan untuk menyambut kedatangan Maulidur Rasul antaranya adalah:
- Berpuasa Sunat
- Berselawat

Semoga kehidupan kita mencintai baginda dengan sedalam-dalamnya dan subur dengan menghidupkan sunnah utama Nabi Muhammad SAW.

Kisah sedih,suka dan duka nabi ﷺ semuanya ada terkandung di dalam buku Sirah Teragung Muhamammad iniBestnya buku Sirah T...
25/09/2023

Kisah sedih,suka dan duka nabi ﷺ semuanya ada terkandung di dalam buku Sirah Teragung Muhamammad ini


Bestnya buku Sirah Teragung Muhammad ini kerana


♥️ Ilustrasi & gambarnya menarik
♥️ Susunan Pembahagian bab yang teratur
♥️ Pengisian dan perkataan kemas(mudah untuk faham)
♥️ Cetakan berwarna tidak bosan
♥️ Buku berkulit tebal dan ringan(mudah dibawa)
♥️ Rujukan terlengkap dengan 600 halaman


Dengan ini dapat menaikkan semangat anda untuk membaca, mudah dicerna dan dapat merasai seolah-olah hadir dimasa kehidupan Rasulullah ﷺ

Dapatkan dengan pegawai sah .eksklusif

Jom hidupkan sunnah Rasulullah ﷺ sempena Maulidur Rasul ❤️

Kepada yang dah dapatkan Sirah Teragung Muhammad edaran Ade Azhar Trading, apakah topik yang paling anda minat?
19/09/2023

Kepada yang dah dapatkan Sirah Teragung Muhammad edaran Ade Azhar Trading, apakah topik yang paling anda minat?

Selamat Hari Malaysia!Pada 16 September, marilah kita merayakan kepelbagaian dan perpaduan Malaysia. Semoga negara ini t...
16/09/2023

Selamat Hari Malaysia!

Pada 16 September, marilah kita merayakan kepelbagaian dan perpaduan Malaysia. Semoga negara ini terus berkembang maju dan sejahtera, serta kebahagiaan sentiasa bersama seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Hari Malaysia dari Ade Academy

Cara-cara untuk memperkuat iman dapat dilakukan melalui beberapa aktiviti dan amalan. Ingatlah bahawa iman adalah sesuat...
06/09/2023

Cara-cara untuk memperkuat iman dapat dilakukan melalui beberapa aktiviti dan amalan.

Ingatlah bahawa iman adalah sesuatu yang harus dijaga dan diperkuat secara konsisten melalui upaya dan amal perbuatan yang baik.

Setiap individu mungkin akan menemukan cara yang berbeza untuk merawat dan meningkatkan iman mereka, sesuai dengan karakter dan situasi hidup masing-masing.

Berikut adalah beberapa cara ringkas untuk 'boost' iman 😄

𝑱𝑼𝑴𝑷𝑨 𝑲𝑨𝑴𝑰 𝑫𝑰 𝑺𝑰𝑵𝑰Jom temui kami 𝐀𝐝𝐞 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 di event 𝐓𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐒𝐄𝐑𝐓 & 𝐂𝐇𝐎𝐂𝐎𝐋𝐀𝐓𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐.𝟎 bertempat di 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐀𝐯𝐞𝐧...
22/12/2022

𝑱𝑼𝑴𝑷𝑨 𝑲𝑨𝑴𝑰 𝑫𝑰 𝑺𝑰𝑵𝑰

Jom temui kami 𝐀𝐝𝐞 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 di event 𝐓𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐒𝐄𝐑𝐓 & 𝐂𝐇𝐎𝐂𝐎𝐋𝐀𝐓𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐.𝟎 bertempat di 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐀𝐯𝐞𝐧𝐮𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞.

Temui Ade Azhar Trading di 𝐁𝐨𝐨𝐭𝐡 𝟒𝟎

Pada 𝟐𝟑 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 hingga 𝟐𝟓 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐‼️

Jom ramai-ramai memeriahkan Booth 40, terdapat pelbagai produk keluaran Ade Azhar Trading seperti produk makanan & bahan ilmiah di sana!!!

.0

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum.Tarikh 15 September 2022 bersaman 18 Safar 1444h merupakan tarikh istimewa buat P...
21/09/2022

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Tarikh 15 September 2022 bersaman 18 Safar 1444h merupakan tarikh istimewa buat Pihak Yayasan Ade Azhar bersama-sama Program Kasih Ikhlas AATSB (P.K.I.A) apabila mengikuti kelas Program Bacaan Tahlil bersama Anak-Anak Yatim Kg Sijangkang dan sumbangan 50 naskah Al-Quran 35 dalam 1, 50 sejadah Ade Azhar Mecca Series, dan 50 Berjuta Rahsia Quran (BRQ).

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T memberikan kelancaran dalam majlis ini dan berjaya disempurnakan sebaik - baiknya. Didoakan kepada para penginfak semoga diatas setiap pembelian Al Quran yang disumbangkan ini menjadi benih benih kebaikkan di akhirat kelak.

Selanjutnya bagi mana – mana institusi, organisasi mahupun individu yang ingin memohon bagi serahan Al – Quran boleh isikan borang ini untuk tindakan kami selanjutnya. Dibawah ini merupakan link bagi permohonan:-

https://forms.gle/Noa5sEXe3j54cMuCA

Allah Yuftah Alaikum
Allahuma Aamiin




Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ade Azhar Eksklusif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ade Azhar Eksklusif:

Share