10/10/2024
Insya' Allah Infaq Jumaat Kita Minggu Ini:
Dana Dakwah & Musa'adah Utara Thai.
Sempena Rehlah Dakwah bersama Dr AAM
25 - 29 Okt 2024.
Penjelasan Keperluan;
1. Ada 5 Pusat Dakwah atau popular dengan *Islamic Centre*.
Mereka memerlukan dana bagi menampung semua kos makan minum dan keperluan asas lain.
Di mana semua kos ini disumbang oleh orang Islam yang kebanyakan dari luar Thailand terutama Malaysia.
Pusat pusat ini telah mengislamkan ribuan orang yang kini bertebaran di seluruh Thailand. Sudah beroperasi hampir 30 tahun.
2. Dana Pendakwah.
Para Pendakwah adalah mereka yang meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah ribuan batu, dari Selatan ke Utara.
Mereka tak bergaji atau elaun tetap. Mereka mendapat sumbangan dari Muslim yang prihatin yang tahu akan hal ehwal mereka di sana.
Program rehlah seperti ini akan mendedahkan orang luar akan aktiviti mereka dan lebih mudah untuk mendapat maklumat yang sahih dan benar.
3. Kebetulan Utara Thai sekarang ini di landa banjir yang agak besar dan Alhamdulillah walaupun semua pusat kita selamat tetapi terdapat beberapa buah Masjid yang berdekatan terkena musibah ini terutama di Chiang Mai.
Jadi misi kali ini juga kita akan cuba menziarahi dan menyantuni mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini.
4. Kebetulan kita telah terlibat dalam beberapa siri sumbangan sebelum ini, sudah pasti duit infaq tuan-tuan dan puan-puan sudah ada yang sampai di sana.
Jadi kita telah di jemput untuk menyaksikan sendiri apa yang mereka telah buat dengan duit sumbangan kita itu.
Sumbangan/ Infaq boleh disalurkan ke akaun:
Maybank No: 552116250249
Pertubuhan Muafakat Dakwah Malaysia.
Untuk keterangan sila hubungi;
Haji Qasim
Hp: 013-6314355.
Semoga Allah S.W.T berkati semua yang menjayakan projek infaq ke Utara Thai ini.
بارك الله فيكم وجزاكم الله خيرا.
Akhukum,
Abu Anas Madani.
10-10-2024 / 07 R.2 1446H.