Irfan BerEmcee

Irfan BerEmcee Pengacara yang mengindahkan majlis anda dan sentiasa pemurah dengan senyuman.

5/5/2024Bersama Ammar dan Maziah di A-Park bagi meraikan hari di mana janji di antara mereka berdua bertaut dan hati mer...
08/10/2024

5/5/2024

Bersama Ammar dan Maziah di A-Park bagi meraikan hari di mana janji di antara mereka berdua bertaut dan hati mereka bersatu, dari nikah ke sanding, kami merai dan kami membantu pengantin menjayakan bahagianya tarikh ini.

Tarikh ini juga, dengan secara rasminya, HIAS.acara lahir dan kami sebagai satu pas**an penyelaras majlis perkahwinan ataupun wedding coordinator yang bersedia untuk membantu menghiasi hari bermakna anda. Dari majlis akad nikah ke majlis persandingan, kami akan uruskan semuanya dan anda duduk je di pelamin, tak perlu fikir, yang penting, anda kahwin!

Terima kasih Ammar dan Maziah atas kepercayaan dan kesudian bersama kami untuk majlis cinta anda.

P/s Maziah dah tak sabar dah sebenarnya tu sebab habis majlis dia dah ready nak pergi konsert Taylor Swift! Hahahaha

4/5/2024Bersama tuan Wafiy dan puan Atiqah di A-Park lagi! Kali kedua saya di A-Park untuk mengendalikan majlis dua insa...
08/10/2024

4/5/2024

Bersama tuan Wafiy dan puan Atiqah di A-Park lagi!

Kali kedua saya di A-Park untuk mengendalikan majlis dua insan yang bermakna kepada hadirin dan hadirat pada hari tersebut.

Ceritanya, Wafiy pikat hati Atiqah dengan satu cara mudah sahaja... dengan jadi seorang yang s**a bercakap hahaha mulanya Atiqah tak ada lah terus jatuh hati, tapi lepas dan setiap kali dengan Wafiy ni dia asyik terhibur dan tergelak, mana kan jiwa tak jatuh cinta. Cewahhhh hahaha

Jadi kita di sini, sentiasa mendoakan agar kedua mempelai kita sentiasa diberkati dan dirahmati sehingga ke anak cucu, amin amin.

21/4/2024Bersama Mirza dan Fatihah di IYC Cheras bagi majlis persandingan mereka berdua.Secara harafiahnya, boleh dikata...
08/10/2024

21/4/2024

Bersama Mirza dan Fatihah di IYC Cheras bagi majlis persandingan mereka berdua.

Secara harafiahnya, boleh dikatakan hari ini merupakan hari lahirnya (pseudo kot) pas**an HIAS saya kerana saya bersama dengan sahabat saya, Sanjeev Raj, yang mengendalikan sistem audio bagi majlis kedua mempelai.

Ceritanya, Sanjeev dan saya ni memang dah selalu mengendalikan event ketika di UM dahulu, jadi memang saya tahu saya boleh berikan kepercayaan kepada dia untuk membantu saya dalam majlis ini. Sebab itu, kita ajak dia 😆 tapi alhammdulillah, semua berjalan dengan lancar dan pengantin pun happy. Kita? Apalagi, mesti LAGI happy! Hahaha

20/4/2024Selepas lebih sebulan berehat daripada mengacara majlis perkahwinan, saya bersama dengan Syafiqah dan Haziq di ...
08/10/2024

20/4/2024

Selepas lebih sebulan berehat daripada mengacara majlis perkahwinan, saya bersama dengan Syafiqah dan Haziq di A-Park, Puchong untuk majlis persandingan mereka berdua.

Ceritanya, pengantin lelaki kita ketika itu tidak sihat dan cedera di bahagian belakang, sebab itu boleh tengok saya duduk dengan sopannya di pelamin ya. Very demure. Tapi pengantin lelaki tetap steady, masih meneruskan majlis sehingga ke hujungnya.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kedua mempelai.

3/3/2024Bersama Ika dan Daus bagi majlis bahagia mereka di Rumah Abang Jamil Shah Alam!Menutup tirai bagi bulan Mac 2024...
07/10/2024

3/3/2024

Bersama Ika dan Daus bagi majlis bahagia mereka di Rumah Abang Jamil Shah Alam!

Menutup tirai bagi bulan Mac 2024 sebelum kita bermula dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan, saya tiba tiba dimesej oleh sahabat emcee saya, Irfan Syahmi, untuk membantu menggantikan beliau untuk mengacarakan majlis ini. Satu penghormatan yang hebat dan saya cuba menggalas tanggungjawab yang besar sebab kasut Irfan Syahmi, lain macam hebat dia hahaha

Ceritanya, mak pengantin inginkan kelainan sebab tajuk acara salam restu itu bunyi dia macam gah sangat hahaha jadi bonda pengantin pun minta ubah, jadi kita sebagai emcee ni pun berfikir punya fikir punya fikir, akhir sekali dapat lah 'acara tautan kasih' AGITUUUUU hahahahaha

Pengantin juga bermain 'shoe game' tradisi Rumah Abang Jamil juga dan majlis dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman riang. Terima kasih diucapkan juga kepada kedua mempelai kerana memberi kepercayaan dalam mengemudi acara bahagia mereka

2/3/2024Bersama dengan Lubna dan Luqman bagi majlis bahagia mereka di Dewan Orkid PKNS Shah Alam.Dari Asasi saya kenal L...
07/10/2024

2/3/2024

Bersama dengan Lubna dan Luqman bagi majlis bahagia mereka di Dewan Orkid PKNS Shah Alam.

Dari Asasi saya kenal Lubna sehinggalah ke jinjang pelaminan, antara orang yang hebat ya sebab pengantin perempuan boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan sekarang, bahasa Jepun! Siap bagi speech dalam Jepun lagi hahaha idola betul.

Tapi tapi, kepada bakal pengantin, Dewan PKNS Bangi ni antara tempat yang saya rasa makanan dia paling sedap!!! Teh tarik dia bercawan cawan ya saya minum, tak tipu 🥹 so calling for bakal pengantin yang nak berkahwin di Shah Alam, boleh pilih tempat ni 😂

24/2/2024A beautiful date for a beautiful couple. I present to you, Melor and Fahrul.A love that I cannot believe that I...
07/10/2024

24/2/2024

A beautiful date for a beautiful couple. I present to you, Melor and Fahrul.

A love that I cannot believe that I have the privilege to witness. Both of them have been supportive to each other until the day where they tied the knot, the day where they proclaimed their love to each other, the day where fate is now a judge sentencing a life filled with happiness and blessings for eternity.

A wedding at The Seavoy House, celebrated by everyone, amidst hearts that are full of love for the both of them. Thank you to the wedded couple for allowing me to be the maestro for their day of congregated blissful wishes and love.

One of the most magical weddings, even for me. A memory that I will forever be held dear with friendships forged and memories made.

18/2/2024Bersama Zulaikha dan Fazroel bagi sesi nikah dan persandingan di sebelah petang, cukup permai di Villa Damai Da...
07/10/2024

18/2/2024

Bersama Zulaikha dan Fazroel bagi sesi nikah dan persandingan di sebelah petang, cukup permai di Villa Damai Datuk Keramat.

Sebenarnya yang paling saya s**a tentang majlis kali ini ialah playlist pengantin sebenarnya 😂 paling ingat sebab saya tolong set up sekali untuk pengantin hahaha last kali waktu balik saya drive, asyik ulang lagu Diskoria - Chriseye sebab pengantin perempuan memang request lagu tu secara spesifik ya. Terima kasih kepada Ika dan Fazroel atas perkongsian hari bahagia saya sebagai pengacara awak berdua!

17/2/2024Bersama Aina Yasmin dan Muradzi di KT Ballroom, Shah Alam.Rakan pengantin perempuan, Aqilah telah menghubungi s...
07/10/2024

17/2/2024

Bersama Aina Yasmin dan Muradzi di KT Ballroom, Shah Alam.

Rakan pengantin perempuan, Aqilah telah menghubungi saya pada tahun lepas untuk membuat tempahan dan hari tersebut, kami bekerjasama untuk menjayakan majlis di antara kedua mempelai ini.

Paling best, Aina siap buat tarian dengan bridesmaids untuk persembahan dekat Muradzi. Takkan dapat nampak dekat kebanyakan majlis hokeh! Hahahaha tahniah kepada Aina dan Muradzi yang sedang bahagia menjalankan kehidupan berumah tangga

10/2/2024Bersama dengan kedua mempelai Aina Syazwani dan juga, Hasif Husair di KT Ballroom Shah Alam. Kalau nak tahu, pe...
07/10/2024

10/2/2024

Bersama dengan kedua mempelai Aina Syazwani dan juga, Hasif Husair di KT Ballroom Shah Alam.

Kalau nak tahu, pengantin berkenalan sebab... game DOTA! Hahahaha siapa sangka kan, sesuatu yang sangat kecil seperti satu game online pun boleh jadi titik perkenalan di mana Hasif ajar Aina main DOTA, Aina p**a ajar Hasif Maths dengan Science. Saling melengkapi gitteewww hahaha

Tahniah saya ucapkan kepada Aina dan Hasif!

CNY CELEBRATION WITH BUDIMAS CHARITABLE FOUNDATION 2024Gracing the event withYang Mulia Tunku Dato' Yaacob Khyra, The Ch...
07/10/2024

CNY CELEBRATION WITH BUDIMAS CHARITABLE FOUNDATION 2024

Gracing the event with
Yang Mulia Tunku Dato' Yaacob Khyra, The Chairman of the Budimas Charitable Foundation
for a celebration that champions prosperity for the glory of generosity. This event highlights the melting pot culture of the country as we gathered to celebrate Chinese New Year together with our beloved children from House of Love, Pertubuhan Kasih Sayang Kanak-Kanak Padmasambhava, and Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas Orion.

Truly an event that helps to reinforce the unity between us, Malaysians and the people of the Budimas Charitable Foundation Group.

3/2/2024Majlis puan Zatil ini merupakan majlis yang pertama selepas saya menghadiri kelas resepsi bersama idola saya, Fe...
04/10/2024

3/2/2024

Majlis puan Zatil ini merupakan majlis yang pertama selepas saya menghadiri kelas resepsi bersama idola saya, Fedtri Yahaya, dan dapat lah juga kita aplikasikan beberapa idea idea baharu yang kita perolehi daripada majlis tu, dan boleh saya katakan, saya berjaya 😂

Saya bersama dengan mempelai dari majlis nikah mereka sehingga lah ke sanding dan yang kelakarnya, ketika itu, saya baru sahaja sembuh daripada Influenza jadi suara tu, memang kelaut ya hahaha tapi tak apa, demi pengantin, kita beri

Address

Sungai Serai
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60125725790

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irfan BerEmcee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Irfan BerEmcee:

Share

Category