01/04/2026
JPWK Sungai Pinang telah mencatat pencapaian membanggakan melalui pelaksanaan projek Tart Nenas, yang berjaya meraih 🥈 Tempat Kedua (RM7800 jumlah jualan/penaja tertinggi) dalam program sempena sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan JPWK Sungai Pinang dalam memperkasa golongan wanita, khususnya ibu tunggal, melalui inisiatif penjanaan ekonomi yang berimpak tinggi. Di sebalik kejayaan ini terserlah semangat ketabahan, daya tahan serta keazaman para peserta dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua ibu tunggal yang telah bertungkus lumus menjayakan projek ini, serta kepada pihak penaja atas sokongan dan kerjasama yang amat bermakna.
Sekalung penghargaan juga kepada YB Puan Lim Siew Khim atas sokongan berterusan dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita dan pembangunan komuniti di Negeri Pulau Pinang.
Majlis penuh berprestij ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, dan turut dihadiri oleh YABhg. Puan Tan Lean Kee, YB Puan Lim Siew Khim selaku EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YBhg. Dato’ Hj Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, serta YBhg. Dato’ Ong Bee Leng, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), bersama barisan kepimpinan negeri, agensi kerajaan dan rakan strategik.
Turut diucapkan tahniah kepada:
🥇 JPWK Penanti – **Tempat Pertama (Jumlah jualan/penaja tertinggi) RM19,000+)**
🥉 JPWK Pulau Betong – **Tempat Ketiga (Jumlah jalan/penaja tertinggi RM7,000)**