Persatuan Peniaga Daerah Jempol Negeri Sembilan

Persatuan Peniaga Daerah Jempol Negeri Sembilan PPDJNS adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan khas untuk peniaga-peniaga di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Salam sejahtera, Maaf sebab kami tidak memaklumkan perkembangan terkini berkenaan aktiviti persatuan. Berkenaan dengan h...
17/12/2015

Salam sejahtera,

Maaf sebab kami tidak memaklumkan perkembangan terkini berkenaan aktiviti persatuan.

Berkenaan dengan hasrat kami untuk memulakan perniagaan di tapak yang dimaklumkan sebelum ini pada 15hb Disember 2015, adalah dimaklumkan kami masih menanti kelulusan permit niaga daripada pihak Majlis Daerah Jempol (MDJL).

Justeru, kami tidak dapat mengulas lanjut perihal tersebut. Kami akan maklumkan pabila menerima keputusan daripada pihak MDJL.

Harap maklum.

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Hari ini Selasa 24hb November, Tn Pengerusi, Timbalan serta Puan Setiausaha menghadiri Kursus Pengurusa...
24/11/2015

Salam sejahtera,

Hari ini Selasa 24hb November, Tn Pengerusi, Timbalan serta Puan Setiausaha menghadiri Kursus Pengurusan Pertubuhan anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan.

Objektif kursus adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam mengendalikan persatuan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Hari ini Jumaat 20hb Nov, Tn. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari melakukan kunjungan hormat ke...
20/11/2015

Salam sejahtera,

Hari ini Jumaat 20hb Nov, Tn. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Penaung Kehormat PPDJNS, YB Tan Sri Hj Mohd Isa Hj Abdul Samad (ahli parlimen Jempol).

Kunjungan hormat untuk menerima surat rasmi daripada YB yang menerima pelawaan PPDJNS melantik YB sebagai Penaung Kehormat PPDJNS.

Kami juga ada berita gembira kepada ahli-ahli yang telah mendaftar keahlian. Makluman telah dibuat di group whatsapp persatuan.

Anda yang belum mendaftar, usah berlengah.

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Sebagai persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kami m...
15/11/2015

Salam sejahtera,

Sebagai persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kami menyasarkan pendaftaran 200 keahlian dalam tempoh 2 bulan pertama ini.

Kami juga berusaha untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan permit daripada Majlis Daerah Jempol (MDJL), beberapa tapak niaga, samada untuk perniagaan harian, mingguan ataupun bazar ramadhan juga expo raya bagi tahun-tahun yang mendatang.

Kawasan-kawasan perniagaan yang di bawah kelolaan dan jagaan persatuan, hanya ditawarkan KHUSUS kepada para peniaga yang telah mendaftar keahlian dengan PPDJNS sahaja.

Apabila kami menerima surat kelulusan kelak daripada MDJL, ahli yang berdaftar akan dimaklum dan ditawarkan tapak niaga tersebut.

Anda masih belum mendaftar sebagai ahli PPDJNS? Bertindaklah sekarang.

Syarat kelayakkan mendaftar ahli:

Berumur 18 tahun ke atas;
Berniaga di daerah Jempol;
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hanya RM25 yuran yang dikenakan bagi tahun pertama seperti berikut:

Yuran daftar = RM10 (sekali bayaran)
Yuran tahunan = RM12 (setiap tahun)
Kad ahli =RM3

Untuk urusan pendaftaran keahlian, sila ke alamat berikut:

Ziss Outdoor
No. 7, Tingkat Bawah
Jalan Dato' Mustafa
Perhentian Bas/Teksi
72100 Bahau
No.tel: 06-454 1417

Sila bawa bersama dokumen berikut:

1 salinan kad pengenalan depan dan belakang;
1 salinan SSM (beserta info pemilik);
2 keping gambar warna berukuran pasport (untuk kad ahli).

Pendaftaran awal akan kami kategorikan sebagai ahli tegar. Keistimewaan sebagai ahli tegar, anda akan menerima makluman awal daripada kami terlebih dahulu sebelum kami umumkan di page ini.

DAFTAR KEAHLIAN PPDJNS SEKARANG!

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Hari ini 12hb Nov Khamis jam 4.45pm tadi, Setiausaha, Pn Norizan telah menghantar beberapa pelan cadang...
12/11/2015

Salam sejahtera,

Hari ini 12hb Nov Khamis jam 4.45pm tadi, Setiausaha, Pn Norizan telah menghantar beberapa pelan cadangan kertas kerja (proposal) ke Pejabat Majlis Daerah Jempol (MDJL).

Sama-samalah kita berdoa agar keputusannya kelak memihak kepada kita.

آمين يارب العالمين

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Hari ini 12hb Nov Khamis 1pm, Setiausaha Pn Norizan menyambung kembali tugasan menyiapkan pelan cadanga...
12/11/2015

Salam sejahtera,

Hari ini 12hb Nov Khamis 1pm, Setiausaha Pn Norizan menyambung kembali tugasan menyiapkan pelan cadangan kertas kerja yang masih belum selesai di cyber cafe.

Komitmen tinggi yang beliau tunjukkan amatlah dihargai.

Kejayaan itu perlukan pengorbanan. Kejayaan itu mahal harganya.

Syabas kalian!

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Setelah perbincangan memberikan pandangan dan cadangan pada perjumpaan ajk pada 10hb Nov yang lalu, Set...
12/11/2015

Salam sejahtera,

Setelah perbincangan memberikan pandangan dan cadangan pada perjumpaan ajk pada 10hb Nov yang lalu, Setiausaha (Puan Norizan) sibuk menyiapkan pelan cadangan kertas kerja (proposal) di Cyber Cafe pada hari semalam 11hb Nov jam 10 malam.

Sebagai sebuah Persatuan yang masih baru, kami tidak punyai apa-apa walaupun sebuah komputer dan pencetak.

Tapi itu bukanlah alasan untuk kami tidak dapat melakukan apa-apa.

Persatuan akan terus bergerak cergas menghadapi apa jua rintangan.

Sokongan ahli-ahli akar umbi adalah kekuatan kami.

Anda seorang peniaga di daerah Jempol? Belum mendaftar keahlian PPDJNS? Daftar segera!

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera,Ahli-ahli yang kami kasihi. Ini laporan aktiviti kami untuk makluman kalian.Hari ini 11hb Nov Rabu jam 3...
11/11/2015

Salam sejahtera,

Ahli-ahli yang kami kasihi. Ini laporan aktiviti kami untuk makluman kalian.

Hari ini 11hb Nov Rabu jam 3.30pm, Tuan Pengerusi dan Timbalan mengadakan perbincangan dengan Mr Phang, Site Manager Bandar IOI Bahau serta Mr Leong, Pengurus Bahagian Pendawaian Maju Muda Sdn Bhd. Syarikat yang bertanggungjawab hal-hal pendawaian elektrik bagi projek mega Bandar IOI Bahau.

Perbincangan kami menjurus kepada hal pendawaian elektrik di tapak Bazaria @ Bandar IOI Bahau.

Kami kini dalam peringkat mendaftarkan keahlian dan sekaligus menawarkan peluang untuk berniaga di Bazaria @ Bandar IOI Bahau (bersebelahan Tesco Bahau).

Terkini, hampir 40 pendaftaran ahli. Tapak niaga yang kami tawarkan amat terhad. 60 lot tapak sahaja.

Anda masih memerhati?

Lambat tinggal!

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Setelah bermesyuarat pada 9hb Nov yang lalu, kini masanya untuk kami bekerja merangka segala perancanga...
11/11/2015

Salam sejahtera,

Setelah bermesyuarat pada 9hb Nov yang lalu, kini masanya untuk kami bekerja merangka segala perancangan yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

Semalam 10hb Nov jam 4.30pm kami berkumpul lagi memberi pendapat buah fikiran dalam merangka beberapa pelan cadangan untuk diserahkan kepada pihak berwajib yang berkenaan.

Buat ahli yang telah mendaftar keahlian, syabas kami ucapkan.

Bagi yang masih menanti dan melihat, jangan terlambat jika kuota beberapa tapak niaga yang kami tawarkan telah penuh.

Lambat tinggal!

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Makluman kepada ahli PPDJNS, kami telah mengadakan mesyuarat ajk yang pertama bagi sessi 2015-2017 pada...
10/11/2015

Salam sejahtera,

Makluman kepada ahli PPDJNS, kami telah mengadakan mesyuarat ajk yang pertama bagi sessi 2015-2017 pada hari semalam 9hb Nov jam 8.30pm bertempat di Sekolah Kebangsaan (Felda) Bdr Sri Serting.

Di antara ketetapan yang telah kami capai ialah untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama pada awal tahun hadapan bagi sessi 2016-2018.

Segala perancangan aktiviti dan hala tuju persatuan akan kami bentangkan pada mesyuarat tersebut kelak.

Sebagai ahli berdaftar, nantikan surat panggilan mesyuarat agung tahunan yang pertama daripada kami tidak lama lagi.

Harap maklum.

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Jom sembang santai bersama kami di Food Court Tesco Bahau sekarang Ahad 8hb Nov 3.40pmKenali wajah kami...
08/11/2015

Salam sejahtera,

Jom sembang santai bersama kami di Food Court Tesco Bahau sekarang Ahad 8hb Nov 3.40pm

Kenali wajah kami..tegur la kami. Tanya la kami perihal PPDJNS untuk lebih mengenali.

Tak kenal maka tak cinta :D

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Salam sejahtera, Terima kasih kami ucapkan kepada para peniaga di Pasar Tani Batu Kikir yang mendaftar keahlian pagi tad...
08/11/2015

Salam sejahtera,

Terima kasih kami ucapkan kepada para peniaga di Pasar Tani Batu Kikir yang mendaftar keahlian pagi tadi.

Sekalung tahniah & jutaan terima kasih juga buat ajk dan urusetia kami yang bertungkus lumus dalam memperkenalkan PPDJNS di mata masyarakat peniaga di Daerah Jempol ini. Syabas!

PPDJNS - Kemakmuran Bersama

Address

No. 7, Tingkat Bawah, Jalan Dato Mustapha, Perhentian Bas/Teksi Bahau
Bahau
72100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Peniaga Daerah Jempol Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Peniaga Daerah Jempol Negeri Sembilan:

Share